Bukan Gimik! Sifu M. Nasir Sertai Team E-Sukan RSG Malaysia, Main Mobile Legend

Legenda muzik tanah air Datuk M. Nasir telah menyertai pasukan esports RSG Malaysia sebagai pemain baharu. Dan ianya disahkan bukan satu gimik.

Pasukan itu membuat pengumuman semalam (28 Julai) dengan memberitahu peminat bahawa M. Nasir yang berusia 65 tahun akan berada dalam pasukan Mobile Legends: Bang Bang dalam peranan fleksibel atau sebagai pemain tambahan.

Dalam pengumuman rasmi di page FB RSG Malaysia, bertulis:

MENTERA SEMERAH PADI! 🎶

Seorang lagenda, seorang ikon negara, dan sekarang, sebagai player MLBB RSG dengan IGN Sifu!

Selamat datang kepada salah seorang player flex role kami Dato’ M.Nasir 💪🏻

Haaa min tahu ramai yang tak jangka pengumuman ni kann heheh🤭 Cuba komen bawah apa hero korang rasa sesuai untuk Sifu!

Datuk M. Nasir akan menggunakan nama “Sifu” di dalam permainan tersebut. Dipetik dari The Star,  pengarah RSG Malaysia Johnny Tan berkata ia bukan gurauan / prank atau gimilk. Sebaliknya Sifu akan benar benar menyertai mereka.

Ini selepas ada peminat E-Sukan menyatakan penyertaan Datuk M Nasir mungkin atas pada nama dan publisiti gempak. Hal ini ditambah dengan kesibukan Datuk M Nasir dalam bidang seni hiburan.

Tetapi Johnny Tan menafikannya cuma satu gimik. Johnny berkata: ” “Dia menyertai pasukan sebagai salah seorang pemain dan dia juga akan mengambil peranan sebagai mentor kepada pasukan.”

“Disebabkan umur dan pengalamannya, dia juga akan dapat menasihati pasukan tentang cara untuk menjadi lebih tenang dan kurang ‘kan cheong’ (gugup).”

Tan mengesahkan bahawa Datuk M Nasir merupakan pemain MLBB yang kasual. Dan dia sendiri menyatakan hasratnya untuk menerokai bidang E-Sukan.

Perbincangan antara RSG dan Datuk M. Nasir sudah berlangsung selama sebluam. Ternyata Sifu mahu mencuba sesuatu yang baharu.

Selain itu RSG turut memuat naik gambar Sifu M Nasir dengan baju rasmi RSG Malaysia ketika rehearsal untuk persembahannya.

Semoga Sifu berjaya di arena E Sukan dan menjadi inspirasi kepada mereka yang sudah berumur, untuk memikirkan bahawa, usia bukan penghalang dalam bidang eSukan. Kenapa tak pakai nama Tuah je kan? Tapi nama Sifu pun memang sinonim dengan Datuk M. Nasir.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai