Bukan Liverpool Tetapi Werner Sebenarnya Tolak City Untuk Chelsea

Sebelum ini ramai yang mengaitkan Timo Werner dengan Liverpool sebelum menyertai Chelsea.

Namun situasinya, Timo Werner tidak pernah menolak Liverpool dan Jurgen Klopp. Cuma Liverpool saja yang pasif dalam usaha mendapatkan Werner yang dikatakan sangat berminat bergabung dengan Klopp.

Oleh kerana Liverpool terlalu lambat bertindak dan tidak menghantar sebarang bidaan, maka Chelsea menggunakan kesempatan yang ada untuk membeli Werner.

Liverpool menjadikan alasan, impak ekonomi semasa sekarang menyukarkan mereka untuk berbelanja besar demi Werner.

Liverpool sama seperti pasukan lain, kehilangan pendapatan daripada sumber tiket hari perlawanan yang sangat tinggi. Mujur EPL memutuskan untuk meneruskan liga musim ini demi untuk memastikan hak penyiaran dapat disalurkan kepada pasukan.

Akibatnya, Liverpool tidak dapat memenuhi permintaan £50 juta yang diletakkan RB Leipzig.

Dan secara kebetulan, Piala Negara Afrika 2020 ditangguhkan hingga 2022 sehingga keperluan Werner tidak lagi mendesak The Reds yang awalnya mahu membawa Werner sebagai pengisi kekosongan yang ditinggalkan Sadio Mane dan Mo Salah.

Chelsea memiliki kelebihan. Mereka ada wang yang banyak kerana penjualan beberapa pemain dan penebusan kontrak tetap oleh kelab peminjam pemain mereka.

Seterusnya Chelsea tidak berbelanja dalam dua jendela perpindahan. Mereka hanya mendapatkan Ziyech yang ditandatangani secara pra kontrak ketika pertengahan musim.

Pulisic dan Kovacic adalah budget perpindahan dari musim lalu.

Harus diakui, Liverpool pastinya menyesal kalau Werner beraksi power gila babi selepas ini.

Namun satu perkembangan mengejutkan, Christian Falk menyatakan bahawa, ada satu pasukan yang ditolak oleh Werner demi Chelsea.

Dan pasukan itu bukan pasukan Klopp.

Selepas berteka teki dengan pengikutnya dengan bertanya:

“Cer korang tekan coach EPL mana yang Timo Werner tolak kerana Chelsea? Ianya bukan Jurgen Klopp kali ni…”

Falk akhirnya menyatakan: “Kamu betul: Ianya… Pep [Guardiola].”

Falk adalah wartawan SportBild. Dia ni Fabrizio Romano versi Jerman.

Christian Falk, yang menceritakan tentang kegagalan City membawa Werner pada masa itu. Walaupun City tidak ada masalah untuk memenuhi permintaan Leipzig.

Lebih-lebih lagi, mereka juga memerlukan penyerang baru untuk menjadi penyambung kepada Sergio Aguero yang semakin berusia, di mana pemain itu dijangjka akan pergi tahun depan.

Namun, ‘racun; Pep Guardiola tidak berjaya walaupun dia telah segera menghubungi Werner dan mengajaknya untuk turut serta.

Werner memilih Chelsea kerana dapat memberikan peluang yang lebih besar sebagai pasukan utama. Sedangkan di City, Pep terkenal dengan polisi rotate pemain tanpa mengira perasaan manager FPL.

Werner sudah menegaskan beliau mahukan lebih minit perlawanan. Kerana beliau mahu mengukuhkan namanya sebagai penyerang utama Jerman dalam Euro.

Musim lalu, Timo Werner tampil luar biasa dengan 34 gol dalam 45 penampilan, jadi dia tidak mahu hanya menjadi pelapis untuk Aguero.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.