‘Bukan Panucci La, Tapi Tetap Orang Itali’

Hari ini kecoh rumors mengaitkan bahawa Kelantan FC akhirnya berjaya mendapatkan khidmat jurulatih dari Itali iaitu Christian Panucci.

Para peminat bola sepak tanah air termasuk media sukan negara jiran kita, Indonesia turut teruja mendengarkan perkhabaran tersebut. Kelantan FC masih dalam proses pembentukan pasukan bagi menghadapi musim baharu.

Namun perkhabaran berkaitan Panucci itu dinafikan oleh pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan beliau kepada Harian Metro.

Menurut Norizam, memang Kelantan akan melantik jurulatih dari Itali, namun orang itu bukan bekas pemain kebangsaan Itali, Christian Panucci.

Dipetik dari Harian Metro, Norizam berkata: “Itu semua hanya khabar angin dan bukan Panucci.”

Kelantan FC akan tetap mendapatkan sentuhan dari Itali untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Yusri Che Lah. Di mana jurulatih tersebut melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih atas persetujuan bersama dengan pasukan.

Christian Panucci lahir pada 12 April 1973, merupakan bekas pemain bola sepak Itali. Beliau pernah bermain di beberapa kelab besar seperti Genoa, Milan, Real Madrid, Internazionale, Chelsea, Monaco, Roma dan Parma.

Kariernya bersama skuad kebangsaan Itali adalah dengan 57 kaps. Beliau menjaringkan 4 gol di arena antarabangsa. Panucci bersara oada 2010. Dan karier kejurulatihannya, beliau pernah menjadi ketua jurulatih kebangsaan Albania.

Dalam perkembangan yang lain Kelantan FC mengesahkan bahawa FIFA telah membatalkan sekatan perpindahan kepada mereka. Ini selepas Kelantan FA melangsaikan tunggakan gaji pemain yang diajukan kepada FIFA.

Dalam kenyataan rasmi di page Kelantan FC, Penasihat Undang Undang Kelantan FC berkata:

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T berita yang cukup menggembirakan buat Kelab TRW Kelantan FC telah diterima.

Kini Kelantan FC bebas dari sekatan ‘Transfer Ban’ dan boleh mendaftarkan pemain baru untuk musim 2021.

Kami dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fahmi Zhafri Ashraf & Co atas kerjasama yang amat baik dalam usaha membantu membebaskan kelab dari SEKATAN PERPINDAHAN yang telah dikenakan kepada pasukan sebelum ini.

Pihak kelab juga mengucapkan terima kasih kepada FIFA, FAM, KAFA, MFL dan semua pihak yang menyokong dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kemajuan kelab ini.

InshaAllah, pasukan Kelantan FC bersedia bersaing pada musim 2021! Sekali lagi TERIMA KASIH kepada semua.”

Sumber: Harian Metro

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi