Kim Pan Gon meminta maaf kerana dia telah memberikan harapan terlalu tinggi kepada pemain pemain dan peminat Malaysia.
Malaysia kalah buat kali kedua berturut turut dalam aksi Piala Asia 2023. Sekaligus menutup pintu buat skuad Malaysia untuk mara ke kalah mati.
Malaysia kalah 0-1 di tangan Bahrain dan kalah 0-4 di tangan Jordan pada aksi sebelum ini. Aksi seterusnya, Harimau Malaya akan berdepan Korea Selatan yang dikepalai Son Heung Min.
Malaysia Kalah Lagi, Gol Masa Kecederaan Ali Madan Hampakan Harimau Malaya
Kim Pan Gon menyatakan pemain pemainnya tidak bersalah sama sekali. Mereka telah melakukan tugasan mereka.
Namun dia mengambil tanggungjawab di atas kegagalan ini kerana menurutnya, dia telah memberikan harapan yang terlalu tinggi kepada para pemain dan peminat bola sepak Malaysia sejak dia tiba.
“Tiada masalah, di sinilah tempat kita. Mungkin sebagai coach saya yang bersalah. Saya mengharapkan terlalu banyak. Saya memberikan harapan terlalu banyak kepada pemain pemain dan rakyat Malaysia. Itu adalah masalah saya.
“FAM tidak melakukan apa apa kesalahan, pemain dan rakyat Malaysia pun tidak bersalah. Ini semua masalah daripada jurulatih.”
Kim Pan Gon kemudian menyatakan ada perkara positif daripada perlawanan kali ini. Di mana Malaysia sebenarnya ada momen untuk mengejutkan lawan mereka. Namun gagal melakukannya.
Walaubagaimanapun Kim Pan Gon yakin penyertaan dalam Piala Asia 2023 ini akan menjadi pengalaman paling berguna buat pemain pemain negara terutama sekali generasi muda. Kerana mereka akan berpeluang bermain di pentas Asia sekali lagi di masa akan datang.