Bukan Salah, Mane, VVD, Tetapi Henderson Pemain Terpenting Liverpool Menurut Jurgen Klopp

Pengurus pasukan Liverpool,  Jurgen Klopp menghamburkan pujian dan penghargaan kepada kapten pasukan Jordan Henderson.

Dalam sidang media selepas aksi menentang Sheffield, Klopp menyatakan beliau tidak suka untuk bercerita tentang individu di dalam sidang media.

Namun beliau tetap mahu memberitahu bahawa Jordan Henderson adalah pemain terpenting Liverpool ketika ini.

Henderson mungkin bukan pemain elit seperti Sadio Mane, Mohamed Salah, Alisson ataupun Fabinho.

Dan jelas sekali Henderson bukan pemain yang sempurna di atas padang. Namun kapten Liverpool itu adalah pemain terpenting yang beliau ada di dalam pasukan ketika ini.

Kenapa?

Ini kerana menurut Jurgen Klopp, Henderson adalah pemain yang tak pernah merungut diletakkan di mana-mana posisi sekalipun.

Henderson telah berjaya membuatkan penyokong Liverpool terlupa akan Fabinho. Walaupun sebelum ini mereka agak risau dengan kehilangan abang Fabinho.

Klopp berkata: “Saya tahu dia tak suka bermain nombor 6 [DM] dan saya katakan dekat dia, kamu tak suka kan dengan peranan tu kan Hendo?”

“Dia cuma tersenyum dan tak menjawab.”

“Namun Henderson sangat bagus mengisi posisi tersebut, mengambil kira betapa bagusnya Fabinho di posisi itu.”

Klopp sebelum ini sudah menyatakan, beliau rasa bersalah kerana tidak meletakkan Hendo di posisi no.8 sebaliknya no.6.

Namun kini keadaan memaksa, dan Henderson memperoleh manfaat daripada pengalaman bermain di posisi itu pada masa lalu dalam sistem Jurgen.

Dalam aksi berhadapan dengan Sheffield, Jordan Henderson melakukan 92% hantaran tepat daripada 131 yang dilakukannya, pada malam Liverpool mencatat 969 hantaran.

Angka itu adalah yang terbanyak dalam sejarah, sejak opta digunakan menganalisis data.

4 kali Henderson melakukan keypasses, antara yang korang ingat adalah hantaran yang dirembat Salah yang hampir gol.

“Saya pertama sekali, berharap Hendo akan terus konsisten seperti ini. Ya, dia luar biasa, ya dia luar biasa, Gini (Georginio Wijnaldum ) dan Hendo (Henderson) kedua – duanya power nak mampos.”

“Mereka memiliki kualiti permainan yang luar biasa dan terbaik dalam pertandingan ini.”

“Saya tidak akan dapat menerimanya, jika ada di kalangan kami yang tidak melihat kualiti Henderson.”

Menurut Klopp, Henderson bukanlah pemain yang sempurna namun beliau adalah pemain terpenting di dalam kem Liverpool.

Klopp kemudian berharat pemain itu akan memberikan impak yang sama di England. Namun Klopp tak mahu masuk campur dengan urusan taktikal Pagar Selatan dalam menguruskan Hendo.

Henderson terus menjadi pemain yang diberikan kepercayaan oleh Jurgen Klopp memakai lilitan kapten ketika beliau mengambil alih di Anfield.

Kualiti sebagai team player yang ada pada pemain paling kacak dalam bilik persalinan Liverpool itu jelas sekali membuatkan Klopp tak perlu mengubahnya.

Dengan isu kecederaan yang banyak, Henderson antara pemain yang penting dalam squad depth.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi