Bukan Sebab Rotation Tetapi Sebab Dihukum, Kounde Tersisih Dari Kesebelasan Utama Kerana Isu Disiplin

Hansi Flick berterus terang menyatakan bahawa keputusan untukΒ  meletakkan Jules Kounde di bangku simpanan ketika aksi menentang Alaves, bukannya kerana penggiliran, namun sebab hukuman.

Pemain itu dihukum kerana lewat tiba ke sesi taklimat pra perlawanan. Hansi Flick serta merta menukar namanya daripada kesebelasan utama.

Hansi Flick sudah memberitahu semua pemain sebelum ini bahawa, kelewatan adalah tidak boleh diterima dalam pasukan Barcelona. Dan kini Kounde menerima akibat daripada kelewatannya.

Pemain pemain lain juga harus menjadikan apa yang berlaku ini sebagai iktibar.

Sejak tiba di Barcelona, Flick sangat tegas dalam soal disiplin pemain. Dia juga meminta pemain untuk menambahkan lagi masa mereka di gym terutama sekali untuk latihan tambahan.

Sebelum ini ramai pemain Barcelona akan terus pulang ke rumah apabila latihan taktikal berakhir. Kini pemain pemain mulai mahu menunjukkan komitmen lebih kepada Flick untuk membuat latihan tambahan terutama sekali di gym.

Kounde adalah pemain yang menjadi bintang penting dalam perancangan Flick. Namun dia tidak terselamat daripada hukuman jika dia melakukan kesalahan.

Pemain itu dimasukkan dari bangku simpanan untuk aksi menentang Alaves. Di mana Barcelona menang 3-0 di tempat lawan. Barca mengekalkan kedudukan mereka di kedudukan teratas La Liga setakat ini.

Mereka 3 mata di atas Real Madrid selepas 9 perlawanan. Hansi Flick setakat ini berjaya mendapatkan hasil memuaskan daripada skuad Barcelona yang sarat dengan pemain muda.

Β