Tujuan utama pengarah akademi Liverpool, Alex Inglethorpe adalah membina pemain untuk pasukan utama. Liverpool membelanjakan lebih £10 juta setiap tahun bagi menampung kos pengurusan dan pemain akademinya.
Curtis Jones, Neco Williams, Rhys Williams dan Caoimhin Kelleher antara nama yang mengikut jejak langkah Trent Alexander-Arnold memecah masuk ke dalam skuad utama yang dibimbing Jurgen Klopp.
Namun bagi pemain yang gagal mendapat tempat, mereka akan dijual dan kelab akan mendapat wang untuk dilaburkan semula. Perkara ini juga sebahagian dari strategi Liverpool.
“Kami dapat membantu pasukan utama dengan pelbagai cara. Wang itu kemudiannya boleh dilaburkan semula ke kelab.” -Inglethorpe
Pada musim ini, Harry Wilson hanya bermain 115 minit dalam 2 perlawanan -pertandingan piala dimestik. Namun Liverpool berjaya menjualnya ke Fulham pada harga £17 juta termasuk £5 juta bayaran pinjaman.
Pemain sayap Wales ini tidak akan berjaya di Liverpool kerana kelab ini merupakan pasukan besar yang mempunyai pemain berkualiti tinggi seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane diposisinya.
Penjualan Wilson ke Fulham memberi situasi menang kepada dapat menjadi pemain utama, situasi menang kepada Liverpool kerana mendapatkan wang besar dan situasi menang kepada akademi kerana menghasilkan pemain berkualiti.
Liverpool bersetuju membantu Fulham supaya kelab itu tidak melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP) dengan memberi penanguhan bayaran yang hanya akan dilakukan pada 2022.
Sejak 5 tahun lepas Liverpool telah berjaya meraih £120 juta hasil penjualan pemain akademi yang majoritinya tidak pernah bermain di skuad utama. Jumlah itu akan terus meningkat apabila Nat Phillips sekarang sudah mula menarik minat beberapa kelab di EPL.
Phillips kini dinilai £15 juta oleh Liverpool, pada tahun 2016 Phillips ‘dikutip’ secara percuma selepas dilepaskan oleh Bolton Wanderers. Sebelum itu Liverpool telah menjual Liam Millar dan Kamil Grabara.
Millar dijual ke Basel dengan harga £1.3 juta. Liverpool tidak mengeluarkan satu sen pun ketika mendapatkannya dari Fulham. Liverpool membeli Grabara pada harga £250 ribu dan kemudiannya menjual kepada Copenhagen pada harga £3 juta.
Liverpool melakukan urusniaga luar biasa pada musim lepas. Mereka menjual Rhian Brewster kepada Sheffield United dengan £23.5 juta walaupun Brewster tidak pernah bermain dengan skuad utama.
Hoever pula pergi ke Ajax dengan harga £13.5 juta selepas 2 musim berada di akademi Liverpool. Pemain ini hanya mengeluarkan modal sebanyak £90 ribu untuk mendapatkan Hoever.
Lain-lain urusniaga yang berlaku ketika itu Ovie Ejaria ke Reading (£ 3.5 juta) dan Herbie Kane ke Barnsley (£ 1.25 juta). Kumpulan pemain akademi ini menghasilkan banyak wang untuk Liverpool.
Melihat kembali pada awal musim 2019, Ryan Kent telah dilatih di Liverpool sejak dia berusia 7 tahun. Dia tidak mempunyai peluang untuk memecah masuk ke skuad utama dan kemudiannya dijual ke Rangers. Liverpool meraih £7.5 juta atas urusniaga itu.
Rafael Camacho pula ditandatangani secara percuma selepas dia dilepaskan Manchester City, selepas 3 tahun berlatih di Liverpool dia dijual ke Sporting CP dengan harga £7 juta selepas menolak kontrak baharu yang ditawarkan Liverpool.
Setahun sebelumnya Danny Ward tiba ke Liverpool dari Wrexham dengan harga £100 ribu dan kemudiannya dijual ke Leicester City £12.5 juta. Banyak kisah urusniaga penjualan pemain akademi Liverpool yang boleh dianggap berjaya menambah kantung pasukannya.
Satu lagi kes, Inglethorpe yakin bahawa pemain tengah Kevin Stewart layak mendapat kontrak setelah pemain tengah itu dibebaskan dengan perpindahan percuma oleh Tottenham. Hull City kemudiannya membayar £6 juta untuk mendapatkan khidmatnya.
Andre Wisdom dibawa ke Liverpool dari Bradford City pada usia 14 tahun kemudiannya pergi ke Derby County dengan harga £4.5 juta.
Tidak lupa pada tahun 2016 pemain sayap, Jordon Ibe dijual ke Bournemouth pada harga £15 juta dan Brad Smith mengikuti jejaknya melalui perjanjian £6 juta.
Pemain terakhir yang boleh diletakkan dalam senarai panjang ini ialah Sergi Canos. Canos tiba dari Barcelona secara percuma, hanya bermain 10 minit bersama skuad senior dan akhirnya berjaya dijual ke Brentford pada harga £4.5 juta.
Liverpool memasukan klausa belian semula kepada majoriti urusniaga pemain muda yang dijualnya.
…
Pada hari ini Liverpool mempunyai penyerang muda Poland, Mateusz Musialowski dan pemain muda antarabangsa Jerman, Melkamu Frauendorf. Kedua-duanya tiba musim lalu dan akan dibangunkan di akademi.
Perkara yang sama akan dilakukan kepada pemain pertahanan Perancis, Billy Koumetio, yang baru berusia 16 tahun ketika dia ditandatangani dari Orleans.
Sama ada mereka berjaya masuk ke dalam skuad utama atau dijual, kedua-duanya membawa keuntungan kepada Liverpool. Ini membuktikan pencari bakat dan persekitaran elit di akademi Liverpool berada ditahap terbaik dan terbukti telah berjaya memainkan peranannya.
Pengarah sukan Michael Edwards menggambarkan Alex Inglethorpe sebagai seorang pemimpin yang hebat dan ahli strategi yang cemerlang.
Berikutan peraturan Brezit yang dilaksanakan di eropah, kelab di EPL tidak boleh menandatangani pemain bawah 18 tahun dari luar negara. Pencarian bakat baru akan lebih tertumpu di England sahaja.
Sejak itu Liverpool telah menghabiskan £1 juta untuk mendapatkan pemain tengah berusia 16 tahun, Kaide Gordon dari Derby County. Mereka juga membayar Birmingham City £ 500,000 untuk bek kiri Calum Scanlon.
Gordon telah memikat staf dan pemain senior semasa kem latihan pra-musim kelab di Austria. Hal sama berlaku kepada Harvey Elliott yang kelihatan pasti akan dijaga oleh Klopp musim ini setelah kembali dari pinjaman (Blackburn).
Elliott mungkin menjadi pengganti Xherdan Shaqiri yang mahu pergi ke Lazio. Klopp yakin Elliott mampu mengisi tempat yang ditinggalkan Shaqiri.
Sama ada Gordon atau Elliott, mereka mengejar impian yang sama untuk menjadi pemain utama tidak kira pasukan mana yang mereka sertai.
Jika tidak berjaya menjadi pemain utama di Liverpool mereka akan mencari peluang dengan pasukan lain dan kelab akan mendapat wang selepas menjual mereka. Ia tidak bermaksud mereka gagal atau Liverpool gagal.
Kerana semua pihak akan menang dan sudah pasti ia menunjukkan akademi Liverpool berjaya memainkan peranannya melahirkan pemain muda berkualiti disamping menjana pendapatan tambahan yang lumayan.