Bulatan Merah Kerana Messi Hilang Sabar, Adakah Dia Besar Kepala? Baca dulu….

Apa perasaan kau, apabila kau bekerja bagai nak mampos dalam satu pasukan. Membuatkan pasukan itu digelar pasukan Messi? Bermain secara konsisten memberikan gol 30+ gol setiap musim.

Bak kata Guardiola, Messi ni adalah pemain yang menjaringkan gol 40-50 gol semusim sekalipun.

Kau berada di kalangan pemain di dressing room. Kau berada di satu kumpulan pemain yang pengurus kau pun tak tahu apa yang korang nakkan dan sembangkan.

Messi melalui fasa semua itu. Bermain dengan ramai pengurus berbeza. Tak sekali pun dia merungut.

Malah dia dituduh penjilat Luis Enrique, ketika fans Barca tak sukakan Enrique. Dan kemudian Enrique menjadi lebih popular selepas dia memutuskan untuk lepaskan jawatan dan mencipta kebangkitan luar biasa dnegan PSG.

Messi pernah beraksi di bawah Tata Martino yang terus terang berkata dia tak tahu nak letak Messi di mana?

Messi melalui banyak fasa

Messi pernah bermain di bawah Ernesto Valverde yang menggemari formasi bukan kegemarannya iaitu dengan 4-4-2 dan beberapa formasi yang tidak ada no.10 sejati?

Namun pemain ini tetap menyumbangkan gol dan assist yang banyak. Letaklah dia di kanan di kiri dan di hadapan, dia akan memberikan impak yang sama.

Beliau memenangi Ballon d’Or kerana catatan gol dan assist dia yang padu amat.

Messi menjadi kapten yang melihat rakan-rakannya tersungkur dalam  dua kalah mati selepas mendahului dengan agregat daripada perlawanan pertama.

Messi turut memberikan sokongan kepada Valverde secara penuh. Bukan sebab dia nak menjilat atau mengipas mahupun membodek.

Tetapi sebab dia adalah kapten dan dia mahu memberikan sokongan kepada coach yang berada di atasnya. Profesional itu penting.

Valverde dipecat dan digantikan dengan Quique Setien.

Messi kini memulakan satu lagi fasa karier baharu bersama jurulatih baharu.

Barcelona berhadapan dengan banyak isu kecederaan yang melanda mereka. Mereka juga berhadapan dengan isu pemain tak konsisten di atas padang.

Abidal Main Blame Game

Dan pada Selasa lalu, Pengarah Sukan Barcelona, Eric Abidal bercakap dengan Sport.

Beliau menyatakan beliau yakin Lionel Messi akan menandatangani kontrak baharu dengan Barca, kerana gembira di Barcelona.

Namun satu kenyataan Abidal yang tidak disenangi oleh Messi apabila beliau menuduh beberapa orang pemain Barcelona tak suka dengan Ernesto Valverde dan memberikan tekanan agar pengurus itu dipecat.

Ia telah menjadi punca utama kenapa Valverde hilang undi percaya di Barcelona. Abidal kemudian menuduh kumpulan pemain ini tadi tak bekerja keras sangat dalam latihan dan ketika beraksi.

Nama Messi terus dikaitkan. Ini kerana beberapa media sebelum ini kerapkali menuduh Messi sebagai pemain yang suka mempengaruhi keputusan lembaga pengarah termasuk cuba menentukan siapa pemain sasaran.

Messi tak berpuas hati, walaupun tidak pasti beliau antara orang yang tersangka. Messi berada dalam kelompok pemain. Beliau kenal rakan-rakannya, yang berjuang bersamanya di padang.

Dan kini ada orang cuba mempertikaikan profesionalisme dan komitmen mereka di atas padang? Lepas tu, melepaskan tengkuk sendiri dengan mengalihkan punca pemecatan kepada pemain?

Messi menganggap tuduhan itu sebagai liar. Dan ia akan meruntuhkan moral pemain yang setiap hari datang berlatih dan cuba memberikan terbaik di atas padang.

Messi yang  berusia lebih 30 tahun, antara pemain yang banyak berlari melakukan high pressing berseorangan di atas kerana  sistem Valverde.

Namun tak sekali pun Messi merungut. Dan kini komitmen beliau dan rakan-rakannya dipertikaikan.

Blame game oleh Eric Abidal ni tak cantik kata orang. Jika dia rasa Ernesto Valverde orang yang tepat, dia teruskan sahaja kontrak itu dan tak perlu pecat.

Messi tak pernah menentukan siapa berhak jadi coach

Yang menentukan keputusan itu adalah dia dan Bartomeu. Bahkan Abidal secara terang-terangan bertemu Xavi di Arab sebelum ini kerana mahu pemain itu masuk sebagai pengurus menggantikan Ernesto Valverde.

Kau tahu tak sebab apa Xavi tolak? Beliau kata cara itu tak cantik. Budaya di Barcelona, semua pemain dan pegawai lain harus menghormati coach yang sedang bertugas.

Kenyataan Xavi itu turut disokong Iniesta yang mengeluarkan kenyataan yang sama. Malah Iniesta berpendapat, tak adil melayan Ernesto Valverde seperti itu. Kalau tak nak kan dia lagi, bincang terus dengan beliau dan cari kesepakatan untuk pemecatan.

Balik daripada kekalahan Piala Super Sepanyol selepas tewas di separuh akhir. Ernesto Valverde dipecat. Dan terus melantik Quique Setien.

Dan kini Abidal menuduh Messi dan rakan-rakan sebagai punca utama? Tak semua pemain akan gembira. Namun itu bukan alasan untuk mereka mendesak pengurusan minta pengurus dipecat. Mereka yang sudah beberapa kali melantik dan pecat coach. Sampai projek tidak berkesinambungan.

La Masia semakin jauh daripada pasukan utama Barcelona. Kerana terus membeli dan membeli pemain beratus juta untuk seorang.

Malah Messi dan Luis Suarez antara yang lantang menyatakan mereka masih percayakan Valverde. Tak kisah la dia bagus ke tak. Yang penting sebagai kapten dan pemain senior, mereka mahu berjuang demi coach mereka dan kelab.

Messi menggunakan Instagramnya membulatkan kenyataan Abidal dengan warna merah: “Ramai pemain tak puas hati [dengan Valverde] dan mereka tidak bersungguh – sungguh.”

Messi bertanya, kenyataan itu ditujukan kepada siapa? Ramai yang menyokong tindakan Messi. Kerana terang – terang pengarah sukan menyerang beliau dan rakan-rakannya.

Mungkin Abidal tak menyerang Messi kerana tahu pemain itu pemain bintang utama. Namun sebagai kapten Messi mahu bersuara.

Apabila pengarah sukan terang-terangan melakukan tuduhan terbuka. Apa masalahnya pemain melakukan respon terbuka?

Abidal sudah tersilap langkah dan Barcelona kini sedang memperbaiki kerosakan itu.

Messi dah banyak menyaksikan kerosakan yang dibuat pengurusan tertinggi. Gagal meyakinkan Neymar. Selepas itu membelanjakan wang Neymar secara membabi buta.

Kelab semakin hilang arah tuju. Walaupun diumum kelab terkaya di dunia baru baru ini.

Jadi, dalam kes ini, ianya memang perkara serius untuk diselesaikan Barcelona.

Bulatan merah Messi itu akan memberikan loceng amaran kepada mereka di atas bahawa, pemain bukan boneka dan pemain dah buat kerja mereka. Apa pula yang mereka lakukan dalam beberapa tahun ini?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di