Gara Gara Lepas Geram, Peminat Buatkan Bundesliga Catat Tontonan 2 Kali Ganda Lebih Tinggi

Sambungan semula Bundesliga telah rasminya berlangsung pada Sabtu. Peminat bola sepak melepaskan kerinduan, dan rindu beserta geram mereka kepada bola sepak walaupun aksi di dalam stadium kosong.

DWDL melaporkan bahawa Sky Germany mencipta rekod rating tontonan tertinggi di dalam sejarah penyiaran siaran langsung bola sepak. Ia adalah rekod baharu.

Sky mencatatkan 3.68 juta penonton menerusi siaran tv berbayar di Jerman sahaja. Angka itu dilaporkan dua kali ganda daripada purata yang mereka catat sebelum ini.

Secara keseluruhan Sky Sports berjaya mengumpulkan jumlah tontonan sebanyak 6 juta.

Ini kerana 2.45 juta orang telah menyaksikan perlawanan menerusi siaran percuma yang disediakan oleh Sky Germany menerusk The Konferenz.

Dalam aksi yang menjadi tarikan utama, Erling Braut Haaland menjadi pemain pertama menjaringkan gol selepas liga bersambung semula dalam aksi kemenangan 4-0 Borussia Dortmund ke atas Schalke.

Jurucakap German Football League (DFL) memberitahu AFP bahawa perlawanan Bundesliga ditayangkan lebih daripada 70 penyiar rasmi di seluruh dunia.

Sky German turut menayangkan beberapa perlawanan siaran langsung secara percuma. Ini untuk membantu dalam mengurangkan pergerakan rakyat Jerman pergi ke rumah rakan mereka yang ada melanggan saluran Sky.

Pada aksi Sabtu lalu, Sky Germany memiliki saham 27.4% daripada saluran pay-to-view dan 18.2% untuk saluran yang menayangkan secara percuma.

Golongan sasaran mereka adalah 14-49 tahun dengan keseluruhan saham mereka melebih 60%.

Bundesliga menjadi liga utama Eropah pertama yang memulakan semula musim mereka.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.