Bunyi Pikachu Menangis; Antara Teori Nama Anak Musk – X Æ A-12 Yang Mengelirukan Netizen

Semalam Elon Musk dan pasangannya, Grimes telah mengumumkan kelahiran anak mereka.

Dan apa yang menarik perhatian dunia adalah nama anak lelaki mereka yang diberikan nama X Æ A-12 Musk.

Nama itu membuatkan netizen di seluruh dunia keliru teruk dan teramat sangat. Malah ada yang tak dapat tidur dan menunggu kemaskini terbaru daripada Elon Musk berkenaan dengan cara sebutan nama anak itu.

Warganet masih belum mendapat sebutan rasmi nama anak Elon Musk dan Grimes.

Lalu bagaimana nak menyebutnya?

Beberapa bulan lalu, Elon Musk memang sudah berikrar akan memberikan nama yang lain daripada yang lain ataupun unik.

Namun tak siapa yang menyangka nama anak beliau dinamakan X Æ A-12. Dan ianya telah menjadi trending di seluruh dunia pada ketika artikel ini ditulis.

Ramai yang mulai bertanya, bagaimnana nak menyebut nama tersebut?

Dan ada yang mulai membincangkan nama X Æ A-12 dengan beberapa situasi.

Beberapa teori tentang sebutan nama anak Elon Musk itu mulai berlegar. Teori pertama ialah, nama anak Elon Musk berbunyi tangisan Pikachu daripada Pokemon Red And Blue.

Nah korang carilah sendiri:

 

Selain daripada itu, satu lagi teori yang setakat ini paling popular dan dipakai oleh semua sebelum Elon Musk menyebutnya secara rasmi nanti.

Di mana, X Æ A-12 disebut sebagai Archangel. Ianya adalah kod kepada “X Ash Archangel,” — “Æ” is disebut “ash,” dan “Archangel” adalah kod internal untuk pesawat A-12 milik CIA.

Musk masih berteka teki tentang sebutan betul nama anaknya. Namun spekulasi tidak terhentik di situ. Ada juga yang mengaitkan nama tersebut adalah pustaka muzik Grimes.

Jadi, teor ini percaya Ash (Æ) adalah nama anak Elon Musk yang mewakili pokok mitos. Grimes pernah menyanyikan lagu 4Æ M yang sebenarnya satu kod nama kepada For Ash Musk – album yang didedikasikan untuk anaknya dengan nama keluarga Musk.

Ada juga yang berkata bahawa, anak Elon Musk itu sudah ada domain sendiri. Di mana sebelum ini Elon Musk sudah mendaftarkan domain x.com.

Menurut mereka agak menarik jika Elon Musk benar benar mendaftarkan nama anaknya X sahaja.

Beberapa teori lain termasuk mengaitkan nama anak Elon Musk itu dengan kitab injil.

Dan satu lagi adalah teori berdasarkan matematik yang membentu Jao.

X adalah nombor 10, dan huruf kesepuluh adalah J.

Æ adalah “a”.

A-12 —  apabila dikira terbalik dari huruf A, anda akan bertemu huruf “O”.

Jadi, apa nama dia sekarang? sama ada Archangel? X? Jão? Neon Genesis Evangelion? Kassim Baba? Abdul Wahub? Jet Li?

Ash masih menjadi calon paling utama. Kerana menurut mereka, sebagai anak selebriti, nama tersebut sesuai dengan komersial.

Elon Musk ada 5 orang anak lelaki sebelum ini bersama isteri pertamanya bernama Griffin, Xavier, Damian, Saxon, dan Kai. Nama nama mereka ni tak ada la pelik sangat ejaannya.

Ramai juga yang menyatakan Elon Musk sengaja membiarkan warganet menantikannya mengumumkan nama anaknya. Kerana dia tahu benda tu unik dan ia akan memberikan impak kepada publisiti Grimes dan anak lelakinya itu. Elon Musk tak perlukan sangat publisiti itu, kerana memang sudah terkenal.

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil