Kebijaksanaan Burger King Menaja Kelab Kecil Ini Dan Menjadi Sensasi Di FIFA 20

Burger King Memang salah sebuah outlet makanan segera yang popular.

Namun itu tak bermakna mereka tidak perlu berbuat apa apa untuk mempromosi jenama mereka.

Pada hari ini, untuk menaja depan baju sesebuah pasukan gergasi itu sangat tinggi nilainya.

Sebagai contoh, Man United mendapat tajaan £450 juta daripada Chevrolet selama 7 tahun. Bermakna £64.2 juta yang akan dibayar Chevrolet kepada mereka.

Burger King mendapat satu idea yang sangat kreatif. Di mana mereka telah mencari sebuah kelab kecil dan menaja depan jersi mereka.

Selain daripada menaja, Burger King / BK juga mahu membantu kelab ini dari segi pemasaran dan publisiti.

Pada Jun 2019, Burger King mengumumkan mereka menaja Stevenage Football Club. Sebuah kelab kecil di England, bermain di tier keempat Liga Inggeris selepas Premier League, Championship dan League One.

Secara tak langsung mereka akan dapat memaparkan logo mereka menerusi permainan FIFA 20 di mana ada Stevenage di sana.

Agak mengejutkan untuk sebuah syarikat besar tertarik dengan kelab yang kecil. Burger King adalah jenama global.

Pegawai Pemasaran BK iaitu Marcelo Pascoa menyatakan, salah satu sebabnya adalah kerana mereka mahu peminat bola sepak tidak hanya fanatik kepada pasukan besar, tetapi juga untuk pasukan kecil.

BK kemudian menjalinkan kerjasama dengan EA Sports dan berjanji akan memberikan pemasaran besar besaran kepada Stevenage menerusi dunia gaming.

BK  melancarkan Cabaran Stevenage di mana mereka mahu gamers terlibat dengan memuat naik cabaran mereka menggunakan kelab tersebut ataupun dua jersi Stevenage yang dilancarkan di FIFA 20.

Ada beberapa cabaran yang membolehkan pemain mengklaim hadiah, misalnya  “A Nutmeg for Nuggets” dan “Impossible for Impossible Whopper.”

Sejak pemain Stevenage menggunakan jersi BK di FIFA20, kelab itu menjadi tular teruk dengan banyak media membuat laporan tentang mereka.

BK menegaskan mereka bukan mengutamakan publicity stunt tetapi lebih kepada berusaha menyokong kelab kecil mendapat pendedahan dan para peminat ada kesedaran tentang kehadiran mereka.

Salah satu sebab kenapa BK mengambil langkah ini adalah kecenderungan gamers pada hari ini yang mahukan cabaran sebenar.

Ramai gamers memilih kelab kecil untuk mereka bimbing dalam kempen Career Mode mereka. Mereka merasakan ianya pengalaman lebih unik, memiliki pasukan kecil, stadium kecil dan pemain pemain kurang terkenal.

BK menjalinkan hubungan dengan  Uber Eats untuk para gamers menebus hadiah mereka menerusi kod yang diberikan.

Ketua Pegawai Pemasaran BK, Fernando Marchado masih teruja dan terkejut dengan hasil yang mereka dapat.

Pada 2019, Stevenage menjadi kelab yang paling banyak digunakan dalam Career Mode.

Satu idea marketing yang sangat baik. Selain daripada mendekatkan komuniti gaming dengan produk mereka, pada masa yang sama BK membantu kelab kecil seperti Stevenage mendapat publisiti meluas.

Jika anda lihat jersi mereka, sebenarnya ianya adalah bertemakan sos dan mustard.

Baca yang lain