Buriram United Lancar Jersi Baru Dari Botol Plastik Kitar Semula

“Buriram Gu Green”

Melalui laman sesawang rasmi pasukan Buriram Utd pagi ini, satu clip video jersi baharu mereka telah dimuatnaik.

Menampilkan sekumpulan pemain yang diketuai oleh Supachai Jaided mengutip botol plastik, memakai jersi baharu, dan bermain bola sepak di tempat pengumpulan barang kitar semula.

Ya… Buriram menampilkan jersi baharu yang diperbuat dari bahan kitar semula iaitu botol plastik.

1 jersi = 14 botol plastik

Menampilkan corak dan reka bentuk yang hampir sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Buriram membawa satu dimensi baru berkaitan pembuatan jersi.

Anda beli, anda kurangkan.

Bermakna setiap pembelian jersi akan mengurangkan ‘sampah’ (botol plastik). Botol plastik tersebut melepasi piawaian kitar semula bagi digunakan untuk pembuatan jersi tersebut.

Dijangka lancar pada tahun baharu, tetapi sudah boleh ditempah

Sejak 2 musim lepas, Buriram United mendahului kelab-kelab lain dalam pemasaran setiap jersi baharunya. Buriram telah membuka pra-tempah dan akan melancarkan jersi itu pada hari pertama tahun baharu.

Seperti sebelum ini, Buriram Utd akan mengumumkan jumlah jualan (yang ditempah) pada hari pertama jualan jersi baharu dilancarkan.

Pada 2018, sekitar 27,000 helai jersi berjaya dijual dan meningkat dengan baik pada 2019 dengan 40,000 helai jersi terjual.

Menjana pendapatan kelab sehingga RM 2.19 juta pada musim 2018 dan RM 3.52 juta bagi musim 2019.

Jualan Jersi Buriram Utd pada hari pertama musim lepas

 

Mengeluarkan klip video, membuka pra tempah 2-3 minggu sebelum pelancaran, melancarkan promosi awal amat membantu kelab ini mendapat volume yang baik pada hari pertama jualan.

Harga

Masih mengekalkan harga yang hampir sama seperti musim 2018, harga bagi setiap jersi dijangka sekitar 640 hingga 670 bath.

Lebih kurang dalam RM 80- RM 90. Para peminat disana melihat ia merupakan harga yang masih murah jika dibandingkan dengan kualiti yang dihasilkan sebelum ini.

Para peminat juga melihat dengan penggunaan botol yang dijadikan sebagai fabrik plastik tidak akan mengurangkan sebarang kualiti berbanding sebelumnya.

Pada musim ini Buriram United menamatkan Thai League 1 di tempat ke-2, dipintas saat akhir oleh Port fc, menjadi naib juara Thai League Cup dan semi-finalis dalam kempen Thai FA Cup.

Kelab ini akan bermain di peringkat kelayakkan ke-2 di Liga Juara Asia menentang TP Ho Chi Minh dan pemenang dari perlawanan ini akan berkunjung ke Shainghai SIPG.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di