Manchester City memulakan kempen mempertahankan kejuaraan treble mereka dengan langkah kanan yang bergaya sekali.
Di mana mereka menang 3-0 di Turf Moore menentang juara Liga Kejuaraan musim lalu iaitu Burnley.
Erling Haaland meneruskan kecemerlangannya di hadapan gol dan juga menjadi nemesis kepada Burnley. Musim lalu Haaland mencetak hatrik dalam aksi Piala FA menentang Burnley.
Kali ini dia mencetak 2 gol pula ke atas skuad bimbingan Vincent Kompany itu.
Man City melupakan kegagalan mereka dalam perebutan Perisai Komuniti dengan kemenangan dalam aksi k0mpetitif pertama mereka musim ini.
Haaland memulakan misi mempertahankan kejuaraan Man City dan juga misi mempertahankan kasut emas EPL-nya dengan gol pertama seawal minit ke-4.
Gol terpantas dalam aksi pembukaan EPL sejak 2018/19 ketika Paul Pogba menjaringkan gol pembukaan dalam masa 2 minit 23 saat.
Gol tersebut adalah menerusi sentuhan pertama yang kemas.
Gol kedua Haaland hadir ketika minit ke-36 di mana dia turut melakukan satu lagi gol dengan sentuhan pertama kemas yang melemaskan penjaga gol Burnley.
Menjadikan Haaland pemain pertama selepas Drogba pada 2010 dan 2011 menjaringkan 2+ gol dalam 2 perlawanan pembukaan EPL berturutu turut.
Haaland kini menjadi pemain yang sudah mencetak 2 gol dalam 4 aksi pembukaan liga berturut turut.
Erling Haaland has now scored a brace in GW1 in his last four seasons:
◉ 20/21: ⚽️⚽️ vs. Gladbach
◉ 21/22: ⚽️⚽️ vs. Frankfurt
◉ 22/23: ⚽️⚽️ vs. West Ham
◉ 23/24: ⚽️⚽️ vs. BurnleyStarting as he means to go on… 🤖 pic.twitter.com/kX7Z4QBdZx
— Squawka Live (@Squawka_Live) August 11, 2023
Pada separuh masa kedua, Rodri yang cemerlang sepanjang malam, akhirnya berjaya mencetak gol atas namanya sendiri.
Penjaring gol pada aksi final UCL itu meraikan gol ketiga Man City dalam aksi yang sangat dominan.
Tamat perlawanan Burnley 0 Man City 3.
Susunan pemain Burnley dan Man City:
Burnley (4-1-4-1): 1-James Trafford; 14-Connor Roberts, 28-Ameen Al-Dakhil, 36-Jordan Beyer (10-Manuel Benson 74′), 2-Dara O’Shea; 24-Josh Cullen; 22-Vitinho, 16-Sander Berge (8-Josh Brownhill 90′), 30-Luca Koleosho (34-Jacob Larsen 61′); 17-Lyle Foste (15-Nathan Redmond 90′); 25-Zeki Amdouni (19-Anass Zaroury 61′)
Pengurus: Vincent Kompany
Man City (4-2-3-1): 31-Ederson; 25-Manuel Akanji, 2-Kyle Walker (87-James McAtee 90+5′); 82-Rico Lewis (24-Josko Gvardiol 79′), 6-Nathan Ake (14-Aymeric Laporte 79′); 16-Rodri, 17-Kevin De Bruyne (8-Mateo Kovacic 84′); 20-Bernardo Silva, 47-Phil Foden, 19-Julian Alvarez; 9-Erling Haaland (80-Cole Palmer 80′)
Pengurus: Pep Guardiola
Pengadil perlawanan: Craig Pawson
Saksikan Highlight perlawanan di sini: