Burnley Dengan Kreatif Umum Sander Berge Dengan Video Pink Panther: “Saya Nak Beli Hamburger”

Burnley musim lalu dianggap pasukan yang sanbat menyeronokkan untuk ditonton di bawah kendalian Vincent Kompany yang membawa pengaruh Pep Guardiola dalam taktikal mereka.

Dan pasukan media mereka pun apa kurangnya. Dikenali dengan beberapa video yang menarik perhatian untuk pengenalan pemain, petugas media mereka melakukan kerja luar biasa sekali lagi.

Di mana mereka memunggah video yang sangat kreatif ketika mengumumkan pembelian Sander Berge dari Sheffield United.

Video tersebut adalah klip dari filem Pink Panther, ketika Charlotte Maier mengajar Inspektor Jacques Clouseau untuk menyebut: “Saya nak membeli hamburger [dalam bahasa Inggeris].”

Babak tersebut memang ikonik dan kerap dikongsikan di media sosial.

Lihat video tersebut digunakan petuhas media Burnley untuk mengumumkan Sander Berge yang dekat dekat dah bunyi dengan hamburger.

Saksikan:

Video tersebut mendapat banyak respon positif. Ada yang meminta petugas media dan admin media sosial Burnley segera dinaikkan gaji.

Selain itu, ada juga yang menganggap petugas media Burnley benar benar sangat seronok di tempat kerja.

Sander Berge merupakan pemain berasal dari Norway. Dia dibeli oleh Burnley dengan harga £12 juta dengan kontrak 4 tahun.

“Dia pemain yang bijak, memiliki ‘mata’ yang bagus untuk menghantar bola serta kemampuan untuk melarikan bola bersamanya,” kata pengurus Vincent Kompany.

“Dia juga ada kekuatan dan fizikal yang akan berguna dalam Liga Perdana Inggeris,” tambah bekas kapten legenda Man City itu.

Sander Berge berkata: “Saya banyak mendengar perkara perkara yang baik tentang Burnley dan melihat sendiri kejayaan mereka dari luar pada musim lalu. Mereka ada projek yang hebat dibangunkan di sini.”

“Ianya atmosfera yang hebat penuh dengan bakat muda dari seluruh dunia. Jadi saya fikir, kelab ini memang secocok sekali untuk saya. Kelab dengan cita cita yang tinggi, membuat beberapa pembelian dan ianya menepati ciri ciri yang saya mahukan selama ini.”

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali