Buruh Asing Terus Diarah Bina Kompleks Piala Dunia Di Tengah Wabak COVID-19

The Guardian melaporkan bahawa, buruh asing di kompleks Piala Dunia Qatar terus diarahkan bekerja walaupun kerajaan mengenakan larangan berkumpul kerana COVID-19.

Buruh migran ini terus bekerja bagi menyiapkan infrastruktur Piala Dunia 2022 di Qatar.

Sepak mula untuk Piala Dunia 2022 kurang 1,000 hari sahaja lagi. Dan mereka bekerja seperti biasa.

Social distancing yang mustahil di tapak pembinaan

Di Qatar, mereka yang bekerja ataupun berada di tempat awam untuk membeli keperluan, perlu berada pada jarak 2 meter.

Perkara ini amat sukar untuk diaplikasikan di tempat pembinaan. Kerana mereka perlu bekerjasama sesama mereka dalam banyak perkara.

Malah daripada pemerhatian, mereka kebanyakkannya bekerja secara berkelompok dalam 10 orang satu kelompok.

Lagi teruk, mereka menaiki bas pekerja yang memuatkan sehingga 60 orang pada satu masa.

The Guardian turut melaporkan, buruh asing ini masih bekerja lebih masa dan tidak ada pemeriksaan kesihatan yang ketat ke atas mereka.

Perkara yang sama berlaku di UK, apabila masih banyak kawasan pembinaan mengarahkan pekerja — kebanyakannya buruh asing — untuk terus bekerja.

Qatar masih belum lagi lockdwon. Namun mereka sudah mengarahkan untuk penjarakkan / social distancing.

Para buruh asing ini menyatakan mereka tiada pilihan. Kerana mereka mahu mencari duit bagi dihantar kepada keluarga di rumah.

Salah seorang buruh daari Kenya berkata kepada The Guardian: “Ya saya risau tentang virus ini, namun saya perlukan wang.”

Beliau bekerja untuk shift 14 jam sehari. Beliau memakai topeng muka dan juga sarung tangan, namun dia sedar, itu sahaja tak cukup untuk mengekang virus.

Dengan nada pasrah beliau berkata: “Hanya berserah kepada Tuhan sahaja.”

Seorang pekerja dari Nepal pula bekerja membina tempat letak kereta. Beliau mengakui ada melakukan pemeriksaan darah setiap shift dia bermula.

Namun untuk topeng muka, dia terpaksa membeli sendiri, kerana tidak dibekalkan oleh syarikat beliau bekerja.

Dasar Qatar

Minggu lalu, pihak berkuasa Qatar mengumumkan pengharaman sebarang bentuk perhimpunan termasuk di tempat awam, taman, pantai, tempat rekreasi sosial yang lain.

Gym, panggung wayang, kompleks beli belah, banks kesemuanya diarahkan tutup. Namun Qatar menyatakan ada pengecualian untuk kawasan tapak pembinaan dan juga beberapa pejabat kerajaan.

Dengan syarat, mereka perlu mematuhi peraturan Social distancing.

Ramai wartawan di Qatar marah dengan kenyataan itu. Antara yang mereka pertikaikan adalah; “Mana mungkin pekerja di tapak pembinaan mengekalkan social distancing?”

Ada juga pekerja yang merungut menyatakan: “Tiada siapa peduli keselamatan kita. Anda ingat kami ini tak mahu hidup seperti kamu yang lain? Anda fikir kami tak mahu jumpa keluarga kami lagi?”

“Kami bukan robot, kami tidak kebal kepada virus.”

Berdasarkan peraturan buruh di Qatar, pekerja asing tidak dibenarkan menukar kerja mereka tanpa kebenaran majikan.

Sistem yang dianggap sebagai penghambaan moden.

Sebagai tambahan, pekerja asing di Qatar membayar yurang rekrut sehingga £4,000 kepada ejen untuk mendapatkan kerja di sana.

Banyak kes di mana para pekerja tidak mendapat gaji seperti yang dijanjikan, gaji lewat dan sebagainya.

Namun pekerja-pekerja asing ini tidak mahu membantah ataupun mengadu kerana risau akan hilang pekerjaan dan gaji terus tak dapat.

Semalam The Guardian melaporkan bahawa, kes koronavirus di Qatar sudah mencecah 500 kes. Dan kebanyakkannya melibatkan pekerja asing.

Angka ini adalah ketiga tertinggi di rantau teluk selepas Iran dan Arab Saudi.