Seperti yang kita semua sedia maklum, Nike akan menjadi penaja rasmi jersi Liverpool pada musim hadapan.
Pengumuman perjanjian itu sudah pun diumumkan beberapa bulan yang lalu. Nike berjaya menewaskan New Balance untuk menjadi penaja Liverpool.
New Balance terpaksa akur dengan tawaran lumayan yang ditawarkan oleh Nike. Mengakhiri tajaan 5 tahun New Balance ke atas Liverpool.
Liverpool dan Nike sudah pun bersedia untuk memulakan kerjasasama mereka bermuia musim 2020/21.
Telah tertiris satu jersi Nike yang dikaitkan dengan Liverpool. Ianya dipercayai jersi di tempat lawan / away.
Ianya telah mengundang kecaman dari segenap sudut. Ada juga yang memuji. Tetapi maki tu nampak macam lagi banyak. Eh korang ni. Jangan sampai Liverpool pakai jersi pagoda kang.
Footyheadlines merupakan laman web yang terkenal dengan kebocoran jersi rasmi pasukan. Padahal ada beberapa jersi kononnya leak tu sebenarnya memang sengaja diberikan kat diorang ni. Saja kasi gempak. Tapi memang ada yang betul betul bocor la.
Maka satu persoalan diutarakan, bertanyakan apa pandangan penyokong Liverpool tentang jersi away terbaru ini?
🚨 LEAKED | According to @Footy_Headlines this is the leaked 2020/21 Liverpool away kit.
The color scheme seems to match to the past leaked info.
What are your thoughts on it?https://t.co/369NfAsKN5
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) March 18, 2020
Menurut info daripada Footy Headlines – jersi kali ini warna yang agak asing bagi Liverpool iaitu ‘hyper turquoise’ dengan logo berwarna hitam.
Dalam kenyataannya, Footy Headlines berkata: “Seperti yang kami jangka, Liverbird akan digunakan berbanding dengan logo kotemporari LFC.”
“Ada garis sempadan untuk menampakkan logo Standard Chartered timbul daripada latar.”
Ramai tak gembira
Ramai penyokong Liverpool yang kecewa dan tidak teruja. Malah ada antara mereka menyatakan ini bukan dalam senarai sasaran bakul belian mereka.
Alan Breen berkata: “Kalau hok ni la rupo jersi Liverpool away musim hadapan dari Nike, kawe tak excited pun nak tau apa yang Nike bakal hasilkan untuk jersi home dan jersi ketiga.”
If that is the leaked version of the away kit from Nike for next season, not looking forward to seeing what they produce for the home and third kits
— Alan Breen (@FowlersGod) March 18, 2020
Salah celup aka James The Baldwin sudah menyatakan kerinduannya kepada New Balance sebelum berpisah sekalipun.
— Sean (@_Wood_LFC) March 18, 2020
Graham sambil termuntah berkata: “Jesus, harap bukan ni la.”
“Sampah macam ni memang tak boleh elak la, dari momen kita signed dengan Nike.”
“Teruk sangat ni natang.”
“Buruk shiall.”
Namun di sebalik caci maki, ramai juga yang memuji dengan kata kata pujian kepada Nike, bodekan kepada Nike dan kata kata indah penuh rangsangan kepada Nike di atas design kali ini.
“Ada aura 80-an. Saya suka, saya suka!!!”
“Wow nampak sangat cantik. Mungkin kat mata saya saja la, tapi saya sangat menyukainya.”
Namun harus diingat bahawa ini bukanlah sah lagi rekaan akhir, cuma footyheadlines ni memang ada reputasi yang kuat dalam membocorkan rekaan.
Korang rasa macamana? Cantik tak?