Busquets Minta Peminat Messi Faham: “Pemain Bukan Mesin”

Sergio Busquets telah membidas peminat yang merungut kerana tidak dapat menyaksikan Lionel Messi beraksi walaupun sudah membeli tiket pada harga sangat mahal.

Messi sudah tak beraksi dalam 4 perlawanan Inter Miami kerana masalah kecederaan. Ada rungutan daripada peminat yang kecewa kerana mereka menganggap wang mereka hangus begitu sahaja.

Busquets mejelaskan bahawa dia bersimpati dengan peminat yang kecewa kerana tak dapat menyaksikan Lionel Messi beraksi. Namun pada masa yang sama mengingatkan peminat bahawa pemain bukan mesin. Pemain akan sentiasa terdedah kepada risiko kecederaan

Dan ini antara sebab kenapa mereka tidak dapat beraksi. Selain itu faktor lain seperti penggantungan juga sudah menjadi lumrah dalam bola sepak, yang membuatkan mana mana pemain termasuk pemain bintang seperti Messi tidak dapat beraksi.

Busquets berkata: “Kita semua faham, bahawa orang ramai teruja dan kami pun begitu, rasa teruja melihat ramai peminat hadi.”

“Namun kami pemain bukannya mesin atau robot. Kami pun kalau boleh mahu beraksi setiap minit. Tetapi kita perlu melihat manfaat jangka panjang kepada pasukan ini. Ianya memang agak malang untuk semua orang [Messi tak dapat beraksi] bukanya untuk penyokong sahaja,” tegas pemain itu lagi.

Inter Miami tidak mahu merisikokan kecederaan Messi dengan mendesak pemain yang tak cergas beraksi. Kelab itu malah sudah bersedia dengan projek untuk musim hadapan.

Seterusnya Busquets sendiri mengakui bahawa kehilangan Messi satu tamparan kepada pasukan.

Busquets menambah: “Memang satu kepincangan apabila pemain terbaik tidak dapat beraksi. Kerana dia memberikan perbezaan ketara apabila dia ada di atas padang bersama dengan pasukan.”