Laporan dari Jerman menyatakan Borussia Dortmund sekali lagi meletakkan tanda harga tak masuk akal untuk pemain mereka. Kali ini Jude Bellingham diletakkan tanda harga £100 juta.
Ini bukan kali pertama BvB meletakkan tanda harga seyahudi itu atas sebab mereka menyatakan pemain bukan untuk dijual. Sebelum ini Ousmane Dembele diletakkan tanda harga £100 juta. Dan kemudian Bartomeu boleh la termakan umpan.
Perpindahan yang lalu, mereka meminta angka lebih £100 juta, jika Man United mahukan Jadon Sancho dan mereka tidak mahu ansuran. Alasan awalnya menyatakan pemain bukan untuk dijual. Namun pada minggu minggu akhir mereka mendesak Man United membayar dan mengecam Manchester United yang menurut mereka tidak serius.
Sapa nak bayar £100 juta untuk pemain seperti Sancho?
Kini bintang remaja England, Jude Bellingham pula diletakkan tanda harga £100 juta. Selepas mereka mendengar Chelsea berminat dengan pemain muda itu.
Malah Daily Mail melaporkan Chelsea sudah bersedia untuk berunding mendapatkan pemain itu.
Chelsea 'are plotting £100m move for Borussia Dortmund star Jude Bellingham' and are convinced 'he will be a better fit than Declan Rice' https://t.co/pwtdC88RGP
— MailOnline Sport (@MailSport) April 16, 2021
Chelsea sebelum ini cuba mendapatkan Declan Rice kembali ke pangkuan mereka. Namun bekas graduan akademi mereka itu terus kekal di West Ham.
Tuchel akan memulakan rekrut pemain kehendak dia sendiri pada musim hadapan. Jude Bellingham dalam senarai sasaran Tuchel kerana boleh bermain box to box.
Bellingham, menyertai Dortmund pada tahun lalu dengan harga £25 juta. Angka yang dikira agak mahal ketika itu untuk pemain muda dari Liga Kejuaraan. Namun kualitinya sangat bagus membuatkan harga itu berbaloi.
Jude Bellingham sudah bermain 39 perlawanan dalam semua kompetisi musim ini untuk Borussia Dortmund. Beliau menjaringkan 3 gol musim ini, dan gol terakhir tersebut adalah ketika berdepan dengan Manchester City dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.
Pep Guardiola turut memuji kualiti Bellingham yang menurutnya tak nampak seperti seorang budak wicet 17 tahun.
Guardiola berkata: “Saya tak percaya. Mungkin dia menipu. Dia terlalu bagus untuk budak 17 tahun. Saya tengok satu gambar di sini, ketika dia tak dapat bola dari Center back, dia menjerit. Cara dia mahukan bola untuk seorang yang berusia 17 tahun, sangat bermakna.”
“Saya bercakap dengan pengurusnya, dan dia beritahu saya, apa yang saya nampak tu tadi adalah benda biasa dia buat dalam sesi latihan. Jadi dia bakat yang luar biasa.”