BWF Nafi Manipulasi Sistem Undian Seperti Didakwa Beregu Malaysia

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) baru-baru ini menerima kritikan berhubung undian kejohanan mereka.

Baru-baru ini, pemain beregu lelaki Malaysia Aaron Chia mengkritik BWF berhubung undian Terbuka Seluruh England 2024.

Pasangan Soh Wooi Yik mengecam pertemuan awal mereka dengan rakan senegara Goh Sze Fei/Nur Izzuddin.

Menurut Aaron, ada sesuatu yang pelik mengenai undian oleh BWF kerana dia dan rakan-rakannya sering bertemu pada pusingan awal kejohanan.

Selain All England, Aaron/Soh juga berpotensi bertemu pasangan Goh/Izzuddin pada pusingan kedua Terbuka Perancis 2024 jika kedua-duanya mara ke pusingan itu.

Aaron juga mengkritik mengapa undian BWF sering meletakkan ramai wakil Malaysia dalam kumpulan yang sama.

Berkenaan kritikan Aaron, BWF menolak ada manipulasi dalam undian mereka. Dan menganggap Aaron mengeluarkan syak wasangka yang tidak berasas.

BWF mendakwa bahawa semua cabutan undian mereka dilakukan melalui sistem rawak, jadi tiada unsur manipulasi yang disengajakan.

“Proses cabutan untuk kejohanan Jelajah Dunia BWF HSBC dijalankan melalui sistem perisian, adalah rawak sepenuhnya dalam parameter peraturan peringkat kejohanan masing-masing, dan setiap cabutan diluluskan oleh pengadil kejohanan.”

“Proses ini adalah sama untuk semua cabutan, kecuali cabutan manual dijalankan untuk pertandingan kumpulan,” kata BWF dalam satu kenyataan.

Sungguhpun begitu, Aaron bukanlah pemain badminton pertama yang mengkritik sistem cabutan undian BWF.

Sebelum Aaron, beberapa pemain badminton juga pernah mengadu tentang masalah yan sama, kerana undian BWF selalunya tidak banyak berubah dari kejohanan ke kejohanan.

Di mana mereka mendakwa sistem yang sama seolah olah menghasilkan keputusan yang sama.

Rujukan: NST