Cabaran Aguero Mencipta Rekod 177 Gol, Konsisten & Bersaing Dengan 8 Penyerang Dari Kelabnya Sendiri

Selepas 3 tahun Khaldoon Al Mubarak mengambil alih Manchester City dari Taksin Sinawatra, Sergio Aguero dibeli dari Atletico Madrid.

Pada minggu lepas Aguero telah memahat nama sebagai pemain asing paling banyak menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris.

Beliau mencatat 177 gol sepanjang 9 musim bersama City, mengenepikan Thierry Henry yang sebelum ini memegang rekod 175 gol.

Aguero mungkin akan menambah 7-10 gol lagi dalam baki perlawanan liga musim ini dan terus dihadapan untuk catatan ini.

Catatan Aguero tidak datang dengan mudah, beliau bersaing dengan beberapa penyerang City yang dibawa masuk oleh kelab bagi mengukuhkan pasukan.

3 musim sebelum kehadiran Sergio Aguero

Mark Hughes merupakan pengurus pertama dibawah pemilikan Al Mubarak, pada musim 2008/09 kelab membeli Robinho dan Jo bagi menggalas tugas sebagai penggempur City.

Robinho merupakan penyerang pertama dibawah pemilikan Khaldoon Al Mubarak

Shaun Wright-Phillips dan Craig Bellamy juga dibeli untuk menguatkan unit serangannya.

Tempoh Mark Hughes sebagai pengurus tidak lama, hanya setengah musim sebelum digantikan dengan pengurus yang lebih bereputasi iaitu Roberto Mancini.

Robinho menjadi penyerang utama sepanjang musim itu dengan tampil 30 perlawanan liga dan mengumpul 14 jaringan.

Wang yang banyak dari pemilik yang kaya melihat kelab membeli 2 lagi penyerang mahal pada musim berikutnya. Membeli Emmanuel Adebayor dan Carlos Tevez.

Tevez dan Adebayor mengambil alih peranan penyerang utama, Tevez merekod 23 gol dalam 32(3) penampilan dan Adebayor dengan 14 gol dari 25(1) perlawanan.

Seperti ia sudah cukup, tetapi City masih membeli penyerang pada musim ke-3 berturut-turut. Kali ini mereka membawa masuk Mario Balloteli dan Edin Dzeko.

Dalam skuad Mancini 2010/11, City mempunyai 4 penyerang bernama besar iaitu Tevez, Balloteli, Adebayor dan Dzeko.

Adakah anda rasa ia masih tidak cukup, apabila mempunyai 4 penyerang yang mampu bermain sebagai penyerang utama?

Bagi Manchester City ia tidak cukup, tiada penyerang yang boleh menandakan tempat sebagai penyerang utama untuk tempoh lebih dari 2 musim.

2011/12, Aguero dibeli dengan harga sekitar £35 juta

Aguero dibeli dari Atletico Madrid. Beliau tidak datang dengan kedudukan City tidak mempunyai penyerang, tetapi kelab mempunyai 3 penyerang. Aguero perlu membuktikan beliau lebih baik dari Tevez, Dzeko dan Balloteli.

Aguero menggantikan Adebayor bagi membentuk 4 penyerang di City. Aguero, Dzeko, Balloteli dan Tevez.

Musim pertamanya, Aguero diberi kepercayaan oleh Mancini. Dzeko dan Balloteli digilirkan untuk berada di posisi penyerang atas.

Aguero terus menjadi penjaring 20+ di Liga Perdana dengan mencatat 23 jaringan dalam 31(3) perlawanan.

Musim 2012/13 menyaksikan pertama kalinya kelab dibawah Al Mubarak tidak membeli penyerang. 4 Penyerang 2011/12 kekal dan Mancini menggilirkan 4 penyerang tersebut dengan lebih kerap di liga.

Tevez tampil 28(6) perlawanan, Aguero dengan 22(8) perlawanan, dan Dzeko 16(16) perlawanan. Sementara itu Balloteli muncul 7(7) perlawanan.

Tiada penyerang dari Manchester City yang menjaringkan 20 gol kerana penggiliran yang kuat, tetapi Aguero masih mampu mencatat 12 gol, ke-2 terbaik selepas Dzeko 14 gol.

Pelegrini pengurus baharu, Negredo dan Jovetic dibeli sebagai pesaing Aguero

Ini merupakan tahun pertama Pelegrini, setiap pengurus mungkin mempunyai pemain yang dimahukannya.

Pellegrini membuat 5 major signing pada musim 2013/14. 2 darinya adalah penyerang iaitu Stevan Jovetic dan Alvaro Negredo.

Kedua-duanya bernilain sekitar £38.4 juta tidak termasuk add ons. Tetapi Aguero mencatat angka jaringan luar biasa, meledak 17 jaringan dalam hanya 20(3) penampilan.

Jauh meninggalkan Negredo yang hanya merekod 9 jaringan dari 21(11) penampilannya. Adakah Aguero mendapat laluan lebih mudah pada musim seterusnya?

Tidak. Kali ini Pellegrini membeli Wilfred Bony dengan harga £28 juta. Malangnya penyerang ini terus gagal menyaingi Dzeko, apatah lagi mahu bersaing dengan Aguero.

Ketika Aguero menjadi penyerang terbaik City, Wilfred Bony merupakan penyerang paling gagal.

Tidak seperti Mancini, sistem permainan Pellegrini hanya memerlukan seorang penyerang tengah.

Aguero tidak menoleh kebelakang lagi dengan menjaringkan 26 gol dalam 30(3) penampilan di musim Bony dibawa masuk.

Aguero terus memikat pengurus ke-3 City, Pep Guardiola

3 musim pertama Guardiola, pengurus ini membelanjakan sekitar €496.3 juta bagi 12 major signing beliau termasuk Gabriel Jesus.

Walau bagaimanapun Jesus diletakan dalam skuad B-18 untuk dibangunkan terlebih dahulu.

Pada masa yang sama Guardiola menyediakan 1 penyerang tambahan di skuad utama iaitu Nolito.

Dibawah pengurus ini Aguero tidak mengecewakan dengan menjadi penyerang 20+ pada 3 musim berturut-turut.

Jika penyerang ini mampu menjaringkan lebih 20 gol pada musim 19/20 bermakna penyerang Argentina ini menjaringkan 20+ semusim di bawah 4 musim pengurusan Guardioala.

Selepas Nolito dan Jesus yang dibeli pada 2016, Guardiola tidak membeli sebarang penyerang tengah sehingga tahun 2020.

Aguero pasti akan dikurangkan sedikit demi sedikit peranannya sebagai penyerang utama bagi meneruskan kesinambungan pasukan, tetapi ia tidak pasti bila akan berlaku.

Kecuali musim pertama, Pep Guardiola hanya menggunakan Gabriel Jesus sebagai pemain sokongan dan pengganti masa depan Aguero

Mungkin musim ini tetapi seakan-akan dilanjutkan kerana 13 gol dalam 12(4) penampilannya kini, masih jauh lebih baik dari Jesus 9 gol dari 11(7) penampilan.

Rumusan

Adakah Aguero mendapat laluan mudah untuk menjadi penjaring asing terbanyak di Liga Perdana Inggeris? Tidak.

Pemain ini diberi sekurang-kurangnya 3 saingan ketika bersama Mancini, 3 ketika bersama Pellegrini dan kini 2 dibawah Guardiola.

Aguero kekal sebagai penyerang utama kerana sentiasa mampu menjaringkan lebih 20 gol semusim berbanding pesaingnya.

Tevez, Dzeko, Balloteli, Negredo, Jovetic, Bony, Nolito dan kini Jesus merupakan pesaingnya sepanjang 9 musim bersama Manchester City. Aguero terus kekal dan akhirnya mencatat 177 jaringan di Liga Perdana Inggeris.

Senarai pemain dan jumlah jaringan di Liga Perdana Inggeris -pemain asing- sepanjang masa sehingga 15 Januari 2020

Aguero mempunyai banyak peristiwa hebat bersama kelab ini dengan meraih 4 kejuaraan Liga Perdana dan 3 Piala Liga.

Sekali di final Piala Fa dan 4 kali semi final semua pertandingan Piala termasuk Liga Juara Eropah.

Malahan kelab ini tidak pernah menamatkan kempen liga dibawah dari tangga ke-4 sejak beliau tiba. Terbaik di antara big six.

Jumlah jaringan Liga Perdana Inggeris dan pesaing Aguero

  • 2011/12: 23 gol, pesaing Dzeko, Tevez, Balloteli
  • 2012/13: 12 gol, pesaing Dzeko, Tevez, Balloteli
  • 2013/14: 20 gol, pesaing Dzeko, Negredo, Jovetic
  • 2014/15: 26 gol, peasing Dzeko, Bony, Jovetic
  • 2015/16: 24 gol, pesaing Bony, *Iheanacho
  • 2016/17: 20 gol, pesaing Nolito, *Iheanacho, *Jesus
  • 2017/18: 21 gol, pesaing *Jesus
  • 2018/19: 21 gol, pesaing *Jesus
  • 2019/20: 13 gol, pesaing *Jesus

Baca yang lain