Cabaran Getir Buat Son Heung Min, Jalani Pembedahan 2 Minggu Sebelum Piala Dunia Bermula

Son Heung-min tidak akan dapat menyertai Tottenham apabila pasukan itu melayan kunjungan Liverpool pada Ahad ini.

Sekaligus menambahkan lagi senarai kecederaan untuk pemain Spurs. Kecederaan itu berlaku, dengan Piala Dunia akan berlangsung kira kira 2 minggu sahaja lagi.

Pemain Korea Selatan itu terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan kepala yang kelihatan teruk pada separuh masa pertama kemenangan Tottenham dalam Liga Juara-Juara ke atas Marseille pada hari Selasa lalu.

Sehari kemudian, pada petang Rabu, telah rasmi disahkan bahawa Son mengalami keretakan di sekitar mata kirinya dan kini akan menjalani pembedahan.

Tiada skala masa yang ditetapkan untuk tarikh kepulangannya, tetapi lawatan Liverpool ke utara London pasti tidak ada Son Heung Min.

“Kami boleh mengesahkan bahawa Heung-Min Son akan menjalani pembedahan untuk menstabilkan keretakan di sekitar mata kirinya,” kata kenyataan daripada lama rasmi kelab Tottenham.

“Pemain antarabangsa Korea Selatan itu mengalami kecederaan semasa separuh masa pertama kemenangan Liga Juara-Juara UEFA pada Selasa di Olympique Marseille.”

“Selepas pembedahan, Son akan memulakan pemulihan dengan kakitangan perubatan kami dan kami akan mengemas kini kepada penyokong dengan lebih lanjut dalam masa terdekat.”

Son bukan satu-satunya pemain Tottenham yang kini berada di bilik rawatan, dengan rakan penyerang Dejan Kulusevski dan Richarlison juga tidak tersedia untuk pemilihan pasukan.

Pemain sayap Sweden, Kulusevski sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan paha, dengan Conte mengesahkan dia mengalami sedikit kemunduran dalam perkembangan pemulihannya bulan lalu.

Manakala Richarlison, yang mengalami kecederaan di betisnya ketika menentang Everton beberapa minggu lalu, kini sedang bersaing dengan masa untuk cergas untuk mengambil bahagian dalam temasya Piala Dunia bersama Brazil.

Pemain pertahanan Cristian Romero juga masih diragui lagi, selepas terlepas aksi ketika kemenangan pada malam Selasa di Marseille kerana masalah paha.

Liverpool pun boleh tahan juga senarai kecederaannya. Jadi boleh dikatakan pertarungan Spurs dan Liverpool adalah perlawanan yang sarat dengan kecederaan pemain utama.

Berbalik kepada Son Heung Min, pemain antarabangsa Korea Selatan itu benar benar berharap dia akan dapat beraksi dalam Piala Dunia akan datang.

Pemain itu dijangka akan memakai topeng perlindungan muka yang khas untuk beraksi dalam kejohanan itu.

Jika dia berasa selesa dengan topeng muka itu, maka dia boleh meneruskan hasratnya untuk beraksi. Jika kecederaan itu masih menyakitkan, Son berpotensi terlepas aksi Piala Dunia, sekurang kurangnya dalam beberapa perlawanan awal.

 

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.