Cabaran Getir Mourinho, Bertemu Watford Pasukan ke-2 Terbaik Selepas Liverpool Sejak 5 Perlawanan Lepas

Tottenham perlu berada pada prestasi terbaik ketika bertemu Watford pada malam ini. Selain Liverpool, Watford menjadi pasukan yang mempunyai catatan terbaik sejak 5 perlawanan lepas.

4 menang dan 1 seri.

Watford menduduki tangga tercorot selepas 14 perlawanan, seterusnya melantik pengurus baru, Nigel Pearson. Perlawanan pertama Pearson adalah ketika tewad 0-2 kepada Liverpool.

Sejak dari kekalahan itu hanya Liverpool yang meraih lebih banyak mata (15) dan Watford, Southampton menjadi pasukan ke-2 terbaik dengan mengutip 13 mata.

Selepas melantik Nigel Pearson, pengurus ini telah berjaya mengutip 13 mata liga dari 5 perlawanan terakhir

Kini Watford berjaya keluar dari zon penyingkiran, kelebihan 1 mata dengan pasukan ke-18, Aston Villa.

Apakah cabaran Jose Mourinho dan pasukannya perlu dihadapi malam nanti dan apakah yang perlu dilakukannya

Menyerap asakan dan mematahkan serangan balas pantas Watford

Watford bukanlah sebuah pasukan yang mengamalkan ball possesion. Sepanjang musim ini, Watford 2 kali menamatkan perlawanan dengan penguasaan bola kurang dari 40%.

Dimana mereka berjaya menewaskan 2 pasukan teratas.

Mereka juga menggagalkan mata penuh Tottenham pada Oktober lepas di London. Mereka mempunyai disiplin bertahan, mengawal penguasaan bola lawan dan meyerang melalui serangan balas.

Watford hanya bolos 4 gol sejak Pearson menjadi pengurus pasukan ini bermula pada 14 Disember lepas. Separuh darinya ketika bertemu Liverpool dalam perlawanan pertamanya.

Walaupun Watford tidak menguasai bola, pasukan ini akan menyerap tekanan sebelum menekan dengan serangan pantas.

Jawapan kepada kemenangan Tottenham nanti adalah bagaimana skuad Mourinho boleh memanfaatkan peluang yang dicipta pasukannya dalam kawasan pertahanan Watford yang rigig.

Watford sebuah pasukan yang efektif mencipta peluang

The Hornet telah mengumpul 64 percubaan dalam 5 perlawanan tanpa kalah terakhir mereka, purata 12 percubaan bagi setiap perlawanan.

20 dari 64 percubaan tersebut merupakan percubaan tepat. Purata 4 percubaan tepat bagi setiap perlawanan.

Ia bukanlah satu angka yang teruk jika dibandingkan dengan Liverpool. Malahan Manchester United hanya mencatat 6 purata percubaan tepat bagi setiap perlawanan.

Sehingga kini, Troy Deeney masih mengekalkan penjaring terbanyak pasukan dengan 4 gol. Abdorlaye Doucoure, Ismaila Sarr dan Gerard Deulofeu masing-masing mengumpul 2 gol.

Majoriti gol ini terhasil dari serangan balas dan situasi bola mati seperti sepakan percuma. Tottenham perlu mengawasi Deeney dan 2 aspek penting tentang kecederungan gaya permainan Watford.

Kasar dan sering melakukan bentesan keras

87 bentesan, 65 kekasaran dan 15 kad (3 kad merah berturut-turut) sejak 5 perlawanan lepas, menunjukkan Watford adalah pasukan yang agak keras di bawah Pearson.

3 kad merah berturut-turut dalam 3 perlawanan, menjadikan Watford antara pasukan paling kasar bersama Southampton

Bagaimanapun corak itu telah meningkatkan prestasi The Hornett dengan signifikan. Southampton yang mempunyai 19 kekasaran setiap perlawanan dimana lebih 2 dari Watford juga mencatat kutipan mata terbaik selepas Liverpool.

Dele Alli dan Eric Lamela dijangka bermula sebagai pemain kesebelasan utama perlu lebih tenang untuk tidak terikut corak keras Watford. Mereka dijangka akan menerima banyak rempuhan dan bentesan.

Jika Tottenham mampu bertenang, biarkan Watford mengumpul banyak kad, selepas itu mereka mungkin akan lebih berhati-hati, mengubah corak permaianan untuk tidak mendapat kad merah ke-4 dalam 5 perlawanannya.

Apa yang boleh dijangka oleh Tottenham

Seperti perlawanan pada Oktober lepas yang berakhir dengan keputusan seri, Tottenham dijangka akan menguasai majoriti permainan. Menguasai bola.

Persoalannya hanya bagaimana Tottrnham menggunakan kelebihan dengan bola tersebut. Berapa cepat mereka melakukan progres dengan bola, berapa kerap mereka boleh melakukan hantaran kunci.

Tottenham perlu melakukan quick passing dan combination play dan sekali-sekala melakukan hantaran panjang ke belakang pertahanan Watford.

Dele Alli dan Eric Lamela perlu lebih tenang dengan asakan keras Watford dan menggunakan kelebihan penguasaan bola

Sekiranya Tottenham dapat melakukan pergerakan tanpa bola yang impresif seperti ketika bertemu Middlebrough, pasukan ini akan keluar sebagai pemenang. Kemenangan pertama sejak pertengahan Disember lepas.

Kemaskini semasa pasukan Tottenham

Tottenham kini tidak pernah menang perlawanan liga sejak 3 perlawanan lepas. Perlawanan ke-4, berdepan dengan pasukan yang sedang mempunyai prestasi terbaik, Watford.

Apa situasi pasukan Tottenham sebelum perlawanan?

Tanguy Ndombele sedang bergelut untuk untuk pulih dari kecederaan pangkal paha. Pemain ini dijangka tidak dapat diturunkan pada perlawanan malam nanti.

Moussa Sissoko baru sahaja melakukan pembedahan dan perlu menunggu sehingga Mac. Harry Kane salah satu lagi pemain penting pasukan yang berada dalam senarai kecederaan masa panjang.

Bagaimanapun terdapat berita baik seperti Hugo Lloris dan Ben Davies akan kembali. Walaupun tidak untuk perlawanan ini, kedua-dua pemain dijangka akan turun dalam latihan pada minggu hadapan.

Lloris dijangka akan pulih terlebih dahulu berbanding Davies, tetapi kedua-dua akan cergas sebelum pusingan 16 Liga Juara Eropah berlangsung.

Baca yang lain