Cacha Akui Menyesal Kerana Tak Bagi Penalti Kat Dortmund, Yang Berpotensi Menentukan Kejuaraan

Pengadil Bundesliga Sascha Stegemann atau nama manjanya Cacha mengakui kesilapannya semasa Borussia Dortmund seri di VfL Bochum pada hari Jumaat minggu lalu.

Dia tidak memberikan penalti kepada pendahulu liga, BvB untuk insiden yang jelas memang penalti. Selepas perlawanan dia mengakui dia terasa dirinya seperti tahi.

Dortmund berdepan menentang Bochum yang berada di tempat ke-15 dengan peluang untuk melebarkan kedudukan mereka di puncak Bundesliga selepas memintas Bayern.

Tetapi skuad kendalian Edin Terzic gagal menjaringkan gol penyamaan minit ketujuh Karim Adeyemi  selepas lawan mendahului minit ke-5.

Kemudian pemain muda Jerman itu terlibat dalam satu insiden penting dalam perlawanan itu.

Adeyemi melepasi dalam kotak penalti pada minit ke-65 dan dijatuhkan oleh lawannya.

Tetapi Stegemann enggan memberikan penalti kepada Dortmund, dengan pembantu pengadil video Robert Hartmann turut bersetuju dengan keputusan di atas padang.

Bercakap kepada WDR 2 pada hari Sabtu, Stegemann mengakui kesilapannya, mengakui: “Saya sangat jengkel, saya rasa macam tahik.”

“Ia adalah malam yang sangat, sangat singkat [ tak dapat tidur], saya tidak sihat kerana kesal mengenangkan insiden itu.”

“Saya bangun dengan perasaan yang tidak baik kerana saya berasa marah kerana tidak membuat keputusan yang betul dalam adegan tersebut.”

“Melihat padanya, ia adalah penalti dalam situasi dengan Adeyemi untuk BVB,” akuinya.

“Saya tidak melihatnya begitu di atas padang. Sebagai pengadil, saya mempunyai hak untuk menyelesaikan insiden di atas padang tanpa perlu menggunakan VAR.”

“Jika pemain pemain Dortmund melakukan protes lebih kuat, saya pasti akan melihat VAR pada masa itu.”

Penalti itu sebenarnya memberikan peluang kepada Dortmund untuk meraih 3 mata dan kekal di tangga teratas.

Selepas itu Dortmund dipintas semula oleh Bayern Munich yang kembali merampas kedudukan teratas. Jika Dortmund menang dalam aksi berdepan Bochum, mereka masih ada kelebihan 1 mata.

Baca yang lain