Cacian Perkauman Ke Atas Pemain Macedonia, Arnautovic Digantung 1 Perlawanan

Ada satu momen yang ikonik semasa perlawanan antara Austria menentang Macedonia Utara pada Isnin lalu, di mana kapten Austria, David Alaba yang menekup mulut Arnautovic.

Arnautovic yang masuk pada separuh masa kedua menjaringkan gol ketiga pasukannya untuk mengesahkan 3 mata milik mereka.

Arnautovic yang meraikan golnya, dilihat agak berlebihan dan menghina pemain Ezgjan Alioski secara rasis dan politikal.

Alioski merupakan etnik Albania yang menjadi antara kaum majoriti di Macedonia Utara. Manakala Arnautovic pula berbangsa Serbia yang lahir di Austria.

Arnautovic menyinggung perasaan Alioski dengan keraiannya dan menyatakan sesuatu yang senstitif kepada Alioski.

Mengetahui rakannya mengucapkan kata-kata rasis ke atas pemain lain, Alaba sebagai kapten dengan pantas menekup mulut Arnautovic dan meminta pemain itu menutup mulutnya.

Arnautovic kemudian tampil memohon maaf menerusi satu kenyataannya di media sosial:

“Ada sedikit ketegangan perang mulut semalam dengan emosi dalam perlawanan – di mana saya nak meminta maaf – terutama sekali kepada rakan rakan saya di Utara Macedonia dan Albania.”

“Saya yang menyatakan satu perkara yang jelas: SAYA BUKAN SEORANGR RASIS! Saya ada ramai rakan di hampir setiap negara, dan saya menyokong semangat diversiti. Semua orang yang kenal saya akan tahu akan perkara itu.”

UEFA hari ini mengenakan tindakan gantung 1 perlawanan ke atas Arnautovic.

UEFA dalam kenyataannya berkata: “Penggantungan ke atas pemain Austria, Marko Arnautovic untuk satu perlawanan, kerana mengina pemain lain.”

Baca yang lain