Kelab bola sepak dan peminat berpisah tiada. Itu dibuktikan oleh Cadiz yang sanggup membeli terus rumah flat milik seorang wanita tua untuk mengelakkannya dihalau.
María Muñoz, 88 tahun, menyewa rumah tersebut dengan sewa sebanyak €97 sebulan untuk lebih 50 tahun. Namun perjanjian baharu tuan rumah menaikkan kadar sewa di tempat tersebut pada 2022. Kerana nilai pasaran kawasan tersebut kian meningkat. Dan dia sudah tidak mampu membayar sewa itu lagi dan menerima notis daripada tuan rumah bahawa dia harus meninggalkan rumah itu segera dalam, masa 14 hari.
Maria Munoz merupakan peminat Cadiz dan pemilik pas bermusim kelab itu sejak berpuluh tahun lamanya. Dia terkejut didatangi 3 lelaki. Rupa rupanya salah seorang daripada mereka adalah presiden Cadiz CF, Manuel Vizcaíno, yang ditemani oleh timbalan presiden dan pengurus pasukan pembangunan.
Mereka membawa hadiah dengan fail bersama mereka. Presiden kelab mengesahkan bahawa kelab memutuskan untuk membeli rumah tersebut. Dan menghadiahkannya kepada Maria Munoz agar dia terus tinggal di situ.
Kawasan rumah tersebut adalah kejiranan yang sudah lama dan menjadi tumpuan pelancong.
Wanita itu telah menyewa di situ selama 57 tahun lamanya. Perkara itu disahkan oleh media tempatan, Cadizdirecto.
Menerusi Yayasan Cadiz yang merupakan tabung kebajikan untuk membantu orang ramai terutama sekali penyokong setia mereka, kelab dalam proses untuk pemilikan penuh rumah flat tersebut. Jadi selepas ini Maria Munoz akan memiliki rumah itu sepenuhnya, bukan sekadar bilik sahaja.
Cadiz dalam pada itu enggan memberikan kenyataan lanjut tentang perkara itu. Namun laporan menyebut bahawa rumah itu kini berada di tangan pemilik kesepuluh sejak ia didirikan pada era rejim Franco menguasai Sepanyol lagi. Kini pemiliknya ialah Emilio Beltrami dan Cadiz mencapai rundingan nilai harga €147 ribu atau kira kira RM741 ribu.
La beauté du football 🤍
Aujourd’hui María Muñoz, 88 ans, évite l'expulsion grâce au club du Cádiz CF qui achète son logement pour qu'elle puisse y rester avec un loyer de 97 € à vie.
Un geste émouvant et solidaire de la part du club qui a touché toute la ville. pic.twitter.com/ltgCUK7eG6
— Dimé (@DimeDimeh) June 13, 2024
Munoz sudah kehilangan suaminya dan menerima wang pencen 1,180 euro. Pemilik bangunan sudah menjual 12 buah rumah flat kepada pemilik baharu. Lokasi tersebut terletak sebelah Roman Theater, Cádiz. Pemilik baharu mahu menyewakan bangunan kepada pelancong sebagai homestay.
Jika Munoz mahu terus tinggal di situ dia harus setuju dengan perjanjian baharu yang sangat tinggi harganya. Dia pula hanya bergantung kepada wang pencen dan wang saku diberikan oleh anak perempuannya.
Penduduk di situ memberikan sokongan kepada Maria Munoz atas dasar simpati.
La plataforma Vecinos de El Pópulo se movilizan en apoyo a María Muñoz, amenazada de desahuciohttps://t.co/9UT2VHlj77
— Portal de Cádiz (@portaldecadiz) May 13, 2024
Pada Disember 2022, Beltrami telah meminta notis mahkamah untuk menghalau Munoz. Namun prosedur itu ditangguhkan kerana mengambil kira keadaan Munoz yang tiada tempat bergantung dan uzur, serta rekod kesihatan yang agak merisaukan.
Ianya telah memberikan sedikit ruang untuk Munoz untuk bertenang. Namun tuan rumah kemudian menuntut untuk menghantar notis menghalau Munoz sekali lagi. Dan mahkamah memberikan kebenaran atas alasan Munoz sudah diberikan masa kira kira 2 tahun untuk mencari tempat tinggal baharu.
Anak perempuan Maria Munoz berkongsi perkara itu dengan Yayasan Cadiz. Dan yayasan tersebut memutuskan untuk membantu mereka.
“Pepe Mata [Pengerusi Yayasan Cadiz] menghubungi saya dan apabila mereka memberitahu apa jalan penyelesaian yang mereka mahu ambil, saya mulai menangis. Saya tidak percaya dengan apa saya dengar.
“Mereka terus datang ke sini, Presiden dan timbalan, kemudian Pengerusi Yayasan ke rumah kami, mereka langsung tidak kekok melihat rumah kami yang kecil. Mereka sangat merendah diri.
“Mereka datang berjumpa dengan emak saya dengan gaya sangat santai. Vizcaíno memberitahu emak saya: “Puan Maria, kamu kini sudah bergelar tuan besar dekat rumah ini. Jadi selepas ini tiada siapa boleh kacau kamu di sini.”
“Ketika Presiden tiba di sana, emak saya sudah membungkus barangnya untuk berpindah. Dan emak tak percaya kini dia tak perlu berpindah dari rumah itu.
“Emak selalu beritahu saya: ‘Satu satunya perkara saya tak nak buat adalah meninggalkan rumah ini.”
Anak perempuannya turut mendedahkan bahawa, mereka sebelum ini sudah cuba untuk berunding untuk meminta harga sewaan lebih rendah namun ditolak.
Kini Maria Munoz memiliki rumah di sebuah kawasan ‘most wanted’. Kerana kawasan tersebut sudah diiktiraf bakal dibangunkan untuk pelancongan menerusi rangka kerja Jabatan Pelancongan Andalusia.
Kes Maria Munoz ini juga membuatkan kerajaan membuka mata dan cuba membanteras tuan rumah atau pemaju yang cuba menindas rakyat tidak berdaya di kawasan itu hanya kerana mahu menyewakannya kepada pelancong asing.