Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia.
Cafu menganggap adalah tidak adil untuk nengkritik Neymar dan membandingkan pemain itu hanya kerana pasukan Brazil gagal menjadi juara dunia pada eranya.
Cafu menegaskasn, Brazil era beliau dahulu ada sehingga 10 pemain yang mampu memberikan impak untuk menentukan kemenangan pasukan mereka di atas padang apabila diperlukan.
Mereka ini melakukannya dengan cara berbeza sama ada menerusi bola mati atau aksi solo.
Dalam skuad Brazil yang ada sekarang hanya Neymar yang mampu melakukannya, menurut Cafu. Jika ada sekurang kurangnya 4 lagi pemain
seperti Neymar, Cafu yakin skuad Brazil yang ada hari ini akan mencapai kejayaan yang besar di peringkat dunia
Seterusnya Cafu juga mempertahankan corak taktikal Brazil yang dianggap tidak seperti era Joga Bonito dahulu. Kerana menurut Cafu
Cafu berkata: “Jangan cuba membandingkan generasi kami dulu dengan yang ada pada hari ini.
“Dalam generasi kami dulu ada 8 atau 10 pemain yang boleh menentukan kemenangan untuk pasukan. Sama ada daripada sepakan penjuru, sepakan percuma atau aksi permainan individual.
“Hari ini Brazil cuma ada seorang pemain yang seperti itu dan Neymar adalah satu satunya pemain itu yang boleh melakukannya.
“Seperti yang dikatakan Emerson sebelum ini, jika ada 4 pemain yang sama taraf dengan Neymar yang boleh membantu pasukan yang boleh membantunya, maka pasukan kebangsaan Brazil akan bermain dengan cara yang berbeza.”