Cafu Pernah Anggap Pato Bakal Jadi Penyerang Terbaik Sepanjang Zaman Brazil

Salah seorang full-back terbaik dalam sejarah bola sepak dunia, Cafu mendedahkan ramalannya bersama Alexandre Pato semasa pemain itu pertama kali tiba di Milan.

Pato dianggap salah seorang prospek luar biasa dari Brazil. Dengan gaya permainannya ketika itu dianggap sangat luar biasa. Bagaimanapun, potensi beliau tidak pernah tercapai seperti yang dijangkakan oleh ramai pihak, termasuk rakan sepasukannya.

Dalam temu bual dengan podcast bekas penyerang Denílson, Cafu mendedahkan bahawa pemain Brazil itu bahkan membuatkan ramai legenda Milan ‘menanggung derita’ semasa tiba di padang latihan.

Dan beliau fikir Pato akan menjadi salah seorang penyerang terhebat dalam sejarah bola sepak Brazil kerana komitmen dan bakat pemain itu ketika dia masih muda.

Pato seorang pemain muda yang sangat cepat matang sama ada di pusat latihan atau di dalam perlawanan sebenar.

Pato telah berlatih dengan pertahanan pertahanan Milan yang luar biasa pada masa itu. Yang sangat fizikal. Itu antara faktor yang membantunya meningkatkan corak permainannya.

“Semasa Pato tiba di Milan, dia berdepan Kaladze, yang akan menendangnya ketika dia sebelah kiri, Maldini, yang akan menendangnya di tengah, dan saya, yang akan menendangnya di sebelah kanan.”

Cafu kemudian cuba melindungi Pato kerana ada pertahanan senior yang ternyata koyak dengan prestasinya ketika di latihan.  Kerana sangat sukar berdepan dengan Pato. Ianya membuatkan Pato mulai bimbang akan dicederakan.

“Dan Nesta, semasa Pato sudah melepasinya, dia masih akan cuba menjatuhkan Pato. Suatu hari hanya saya, Maldini dan Nesta. Saya bahkan memberitahu Kaladze: ‘Awak jangan menendangnya terlalu kuat, perlahan-lahan sikit, kerana awak akan mencederakan budak itu. Dan jika awak mencederakannya, saya akan hambat kamu’,” katanya.

“Dan saya memberitahu Pato: ‘Pergi lepasi Kaladze, kerana jika dia mencederakan awak, saya akan mengejarnya. Awak boleh pergi tanpa rasa takut, tanpa belas kasihan. Biar saya uruskan dia’.

“Kemudian, dalam latihan, satu lawan satu, tiada siapa yang mahu berdepan dengan Pato. Maldini suruh saya pergi, saya pula suruh dia. Kami semua berkata: ‘Kita tidak boleh menghentikannya’,” tambahnya.

“Semasa Pato tiba, selepas dua bulan, saya memberitahu Serginho bahawa dia adalah bakal jadi salah seorang penyerang terbaik dalam bola sepak Brazil sepanjang zaman berada di hadapan kami, Alexandre Pato.

“Dia memotong ke kanan, ke kiri, melakukan rembatan dengan kedua-dua belah kaki, melakukan sepakan percuma, menjaringkan gol dengan kepalanya, mempunyai kekuatan sedemikian rupa dalam menukar arah sehingga kami tidak tahu bagaimana untuk mengekangnya. Dan kami memerhatikannya dalam latihan,” tambahnya.

Bagaimanapun, bekas full-back itu masih meratapi hakikat bahawa kecederaan telah menghalang kerjaya Pato, mengimbas kembali perbualan yang denga Serginho.

“Saya melihatnya, saya berlatih dengannya, saya mengalahkannya. Kontrak saya tamat, saya kembali, saya memanggilnya dan bertanya tentang budak kami: ‘Dia Cedera, ada sedikit masalah, tetapi tidak serius’. Saya telefon Serginho lagi: ‘Cedera’. Dia bermain satu perlawanan, tidak bermain selama dua perlawanan berikutnya.

“Saya bertanya kepada Serginho lagi: ‘Dia tidak bermain, dia tidak boleh bermain tiga perlawanan berturut-turut”, katanya.

“Mereka tidak dapat mengetahui (apa masalahnya yang sebenar). Dia pergi ke São Paulo, Corinthians, dan tiada kesinambungan lagi dalam karier cemerlangnya.

“Dia mengalami kecederaan otot. Dan dia seorang yang kuat. Dia tiba di Milan dengan fizikalnya berotot. Saya kemudian berada di gimnasium, dia akan menamatkan latihan dan pergi ke gimnasium. Saya melihat dalam diri Pato potensi sebagai penyerang tengah yang belum pernah saya lihat sejak sekian lama. Dan saya bermain dengan Ronaldo, Romário, Bebeto, Careca, Edmundo, Shevchenko, Inzaghi, Batistuta,” katanya mengakhiri perkongsiannya itu.