Pemain pertahanan Crystal Palace, Gary Cahill telah mempertahankan rakan senegaranya Harry Kane di atas tuduhan bahawa bintang Tottenham menngunakan taktik bahaya dengan menghadang lawannya daripada mendarat ketika pertarungan duel udara.
Beberapa peminat bola sepak telah memuat naik video di media sosial yang menunjukkan penyerang itu memacakkan dirinya ketika pemain lawan melakukan tandukan, yang mungkin berbahaya kerana membiarkan pemain lawan mendarat dalam keadaan kepala terlebih dahulu.
Di mana Harry Kane dilihat beberapa kali menggunakan taktik yang sama untuk memanipulasi lawan beliau. Dan Kane membuatkan seolah olah lawannya sedang menyerangnya secara fizikal.
Dia pula hanya menahan asakan itu. Dia dilihat melihat ke arah lawannya terlebih dahulu dan melakukan sedikit kontak dengan membongkokkan badannya.
Kane dilihat sengaja melakukannya untuk memenangi foul dan sepakan percuma. Tetapi cara dia melakukannya sangat bahaya.
Ia dianggap challenge yang sangat bahaya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada saraf tunjang ataupun tulang belakang kepada pemain lain.
Cabaran seperti itu diharamkan dalam Ragbi dan NBA
Penulis Arseblog, Lewis Ambrose menegaskan bahawa cabaran seperti itu adalah sama bahayanya dengan bentesan dengan dua kaki.
Ambrose berkata: “Ini dikira dan sama bahaya dengan mana mana terjahan dua kaki. Dia pemain yang sangat hebat, namun ini seharusnya diberikan kad merah setiap kali dia melakukannya.”
“Cabaran seperti ini adalah diharamkan dalam sukan ragbi.”
This is calculated and as dangerous as any two-footed tackle. He’s a hell of a player but this should be a red card every time. It’s illegal in rugby.
This is calculated and as dangerous as any two-footed tackle. He's a hell of a player but this should be a red card every time. It's illegal in rugby. https://t.co/MQXfj2cvWZ
— Lewis (@LGAmbrose) December 7, 2020
Seorang lagi berkata, gerakan seperti Kane itu adalah diharamkan dalam sukan NBA juga.
Lynxx berkata: “Gerakan ini sudah diharamkan dalam sukan NBA. Kamu boleh didenda kerananya. Ia sangat sangat bahaya.”
“[Ia gerakan] yang menghalang pemain untuk mendarat dan boleh memberikan malapetaka serta merta. Boleh memberikan kecederaan berbulan bulan lamanya.”
This move has been banned in the NBA. You get a substantial fine for it. Its incredibly dangerous. Not allowing a player to land can be catastrophic at times. Could leave them injured for months.
— Lynxx (@MintLynxx) December 7, 2020
Nicky Beach pula berkata: “Jika pemain itu mendarat dengan tengkuknya dahulu, ianya menjadi sangat sangat bahaya. Dalam ragbi, para pemain harus menjaga keselamatan pemain lain yang melompat.”
“Kane jelas sekali tidak melakukannya [prihatin ke atas pemain lain]. Sangat bahaya dan berisiko, hanya untuk memenangi foul.”
If they land on their neck it could be very dangerous. In rugby you have a duty of care to the player in the air. Kane isn't doing that in any of these challenges. Quite dangerous and reckless just to win a foul.
— Nicky Beach (@Beachhyyy) December 7, 2020
Namun ada pemain yang tidak suka dengan gaya Kane itu dan bertindak balas.
Only one man for the job. pic.twitter.com/VpdIHHZgdZ
— William. (@Feelin_Tipsy) December 7, 2020
Cahill pertahan Kane
Sky Sports juga melaporkan bahawa satu organisasi pengadil juga meminta agar isu ini ditangani kerana ia sangat berbahaya jika pemain akar umbi ataupun pemain pembangunan memutuskan untuk menirunya.
Ini kerana budak budak, tulang mereka lebih rapuh berbanding orang dewasa.
Namun, Cahill berpendapat bahawa taktik itu bukanlah taktik bahaya. Ia hanyalah sebahagian daripada bola sepak. Di mana Cahill percaya Kane menggunakan pengalamannya untuk mendapatkan sepakan percuma.
“Saya rasa itu hanya sebahagian daripada bola sepak,” kata Cahill kepada Sky Sports.
“Sekali lagi saya rasa elemen itu adalah satu kepandaian dan pengalaman — dan mengetahui bila kamu mungkin boleh melakukan pelanggaran.”
“Saya telah melihatnya berkali-kali ketika saya bersama England dan berlatih dengan Harry, saya simpulkan bahawa dia hanya menggunakan tubuhnya dengan baik. ”
“Saya fikir Son (Heung-Min) juga melakukan hal yang sama – mereka menggunakan badan mereka dengan sangat baik.”
Should Harry Kane be punished for upending players who are in the air or is it 'part of football'? 🤔
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) December 12, 2020
“Mereka menyelitkan badan mereka ke dalam antara bola dan diri mereka dalam apa sahaja jenis kontak, mereka tahu bahawa kemungkinan berlaku pelanggaran dan di dalam dan sekitar.”
“Saya mengkaji pemain lawan tetapi saya juga mengatakan bahawa kamu tahu lawan. Dengan pemain seperti Kane, kamu telah melihat mereka dari tahun ke tahun sehingga kamu tahu kekuatan mereka dan melihat sebagus manakah kamu dapat menangani mereka pada hari itu.”
🏴 Crystal Palace defender Gary Cahill has rubbished suggestions that Tottenham Hotspur forward Harry Kane's method of backing into opposition players is dangerous:
🗣"Sorry I don’t see anything in that claim, this is just part of football".#THFC #COYSpic.twitter.com/9C2wZCiINR
— Last Word On Spurs🎙 (@LastWordOnSpurs) December 12, 2020
Netizen memberikan pandangan berbeza tentang komen Cahill. Ada yang menyokong Cahill, dan ramai juga yang tidak sependapat.
Mereka menyatakan Cahill mungkin mempunyai pandangan yang berbeza jika Kane melakukan perkara yang kepadanya ketika mereka itu saling berhadapan pada Ahad ini.
Ramai juga menganggap cara Kane itu memang bahaya. Dan tak perlu menunggu ada mangsa yang cedera serius baru nak mengambil tindakan.
Fabio Silva melakukan taktik yang sama dan dia diberikan amaran oleh pengadil, berbanding dengan mendapat foul. Fabio Silva jauh daripada bahaya berbanding dengan apa yang dilakukan Kane kepada Gabriel Magalhaes.
This was given as a foul against Fabio Silva and isn’t anywhere near as dangerous as some of Kane’s btw pic.twitter.com/865kAc4m7p
— Jasper🌵 (@ftblJasper) December 12, 2020