Moises Caicedo membuktikan kenapa dia berharga £100 juta dengan aksi cemerlangnya musim ini. Dan sekali lagi dia menunjukkan masterclass-nya dalam aksi perlawanan besar.
Manchester United melayan kunjungan Chelsea di Stamford Bridge. Skuad Red Devils masih dikendalikan oleh interim Ruud Van Nistelrooy.
Ini adalah aksi EPL pertama Man United selepas pemecatan Erik Ten Hag.
Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, kedua dua pasukan mempamerkan aksi yang terbuka.
Man United mengancam gawang Chelsea menerusi Marcus Rashford dan Garnacho yang aktif bergerak pantas dari tepi padang.
Chelsea pula berjaya mendominasi di bahagian tengah menerusi gandingan Lavia dan Caicedo.
Garnacho memiliki beberapa siri peluang dalam perlawanan ini. Terutama sekali minit ke-66, ketika dia menerima hantaran Bruno Fernandes di dalam kotak penalti. Namun percubaannya lemah..
Kedua dua pasukan cuba mencari momen terbaik untuk mencetak gol.
Dan pada minit ke-68, Robert Sanchez menjatuhkan Rasmus Hojlund yang menerima hantaran cantik Casemiro di dalam kotak penalti. VAR mengesahkan penalti tersebut.
Kapten Man United, Bruno Fernandes yang gagal menyempurnakan penalti dalam aksi yang sama di Old Trafford musim lalu, kali ini tidak ada masalah untuk mencetak gol pembukaan untuk Man United.
Ianya adalah gol EPL pertama Bruno Fernandes musim ini.
Tetapi Chelsea terus membalas gol tersebut dengan bidikan cantik Moises Caicedo yang melakukan voli menewaskan Andre Onana.
Garnacho hampir menambah gol untuk United pada minit ke-89. Tetapi bola sedikit tersasar.
Tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan selepas itu. Kedua dua pasukan berkongsi 1 mata dengan keputusan seri 1-1.