Caicedo & Pemain Senior Ecuador Berdepan Penggantungan Sebab Bawa Pemain 16 Tahun Chelsea Ke Kelab Tarian Tiang

FA Ecuador kini melancarkan siasatan dalaman ke atas beberapa pemain senior mereka. Ianya selepas pemain pemain ini membawa bintang berusia 16 tahun mereka Kendry Paez ke kelab tarian tiang.

Di kelab tersebut mereka telah menabur wang kepada penari tiang yang tidak berbaju.

*tak boleh jujur sangat nanti google marah! Sebab website ini dikira sebagai sports website k…

Kendry Paez merupakan wonderkid yang ditandatangani oleh Chelsea. Dan dia dibenarkan untuk kekal di Ecuador kerana Chelsea mahu pemain itu membangun di samping keluarganya dahulu ketika usia awal remajanya.

Chelsea membayar £18 juta untuk mendapatkan pemain itu kerana mendapat tahu bakatnya menerusi satu video dikongsi peminat di media sosial.

Dia akan menyertai Chelsea pada 2025. Malangnya, kem Ecuador kini, ada beberapa pemain memberikan pengaruh tidak elok kepada Kendry.

Kejadian itu berlaku pada hari sebelum sepak mula perlawanan menentang Itali.

Pemain pemain Ecuador ketika itu meraikan kemenangan 2-0 mereka ke atas Guatemala.

Antara pemain  senior yang berada dalam parti itu termasuk bintang £100 juta Chelsea sendiri iaitu Moises Caicedo.

Pemain lain seperti Jeremy Sarimiento, John Yeboah dan Willian Pacho yang berpesta pora di New York.

Selepas berparti tak ingat dunia di kelab tarian tiang itu, Ecuador kalah 2-0 di tangan Itali pula.

Kini beberapa pemain senior mereka disiasat, siapa di antara mereka yang membawa kanak kanak bawah umur memasuki kelab malam untuk parti orang dewasa.

Ini kerana peraturan kelab malam di New York adalah untuk mereka berusia 21 tahun ke atas.

Tiada bukti setakat ini mengaitkan Caicedo dengan perkara itu. Jika pemain tersebut ditangkap selepas ini, FA Ecuador mahu membuang terus mereka daripada pasukan sama ada tindakan penggantungan sementara atau selamanya. Itu tidak pasti.

Namun ada satu video menunjukkan Kendry bersama sama dengan kumpulan pemain Robert Arboleda dan Gonzalo Plata.

Persatuan bola sepak Ecuador (FEF) menyatakan apa yang berlaku bertentangan dengan nilai yang diterapkan di dalam pasukan mereka. Pemain tidak seharusnya membawa kanak kanak pergi ke tempat larangan.

Amaran turut dikeluarkan, di mana pemain yang didapati bersalah tidak akan dipanggil untuk tugasan berikutnya.

FEF juga menyatakan bahawa semua pemain dan pegawai sudah diberikan waktu bebas dari 2 petang sehingga 8.30 malam sahaja pada 22 Mac. Cuma ralat apabila ada pemain masih digelar kanak kanak secara perundangan dibawa masuk ke kelab malam.

Peminat Ecuador ramai yang marah dengan pemain pemain tersebut.

“Jangan panggil mereka lagi. Apa yang mereka raikan? Ada menang piala ke? Saya yakin Itali lebih kuat daripada kita, namun mereka lebih serius membuat persiapan,” tegas seorang peminat.

Sementara yang lain menyatakan FEF seolah olah nak lepas tangan.

“Jika ‘yang belakang’ tu teruk, bermakna kepala pun teruk. FEF keluarkan kenyataan ini pun sebab nak lepaskan diri sendiri selepas kantoi. Sendiri yang gagal bertindak tegas ke atas pemain, kemudian beriya nak tunjuk taring,” kata seorang lagi.

Ada juga yang mempertahankan tindakan pemain.

“Mereka tak salah pun, mereka kan menggunakan free time mereka. Dan FEF sahkan mereka ikut arahan,” tegas Henry Tiana. Ianya dibalas seseorang: “Bro kes dia sekarang, ada Kendry sekali tu.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di