Pertarungan di antara Spartak Moscow dengan Napoli adalah kesinambungan daripada aksi panas dalam perlawanan pertama.
Di mana sebelum ini Luciano Spalletti sangat kecewa kalah di Rom dengan kedudukan 2-3.
Spalletti berjanji akan membalas dendam dalam aksi kedua mereka di Moscow. Di mana pengurus Napoli itu berkali kali berkata: “Kita jumpa di Moscow!”
Malangnya, di Moscow, Napoli kalah lagi. Spartak menang 2-1 ke atas mereka. Dan kini Spaalletti dan Napoli berisiko tersingkir awal daripada peringkat kumpulan.
Sebelum perlawanan, media pro Napoli menyatakan bahawa Napoli datang untuk membalas dendam.
Napoli looking for some revenge today against Spartak Moscow 🎭 @fcsm_eng pic.twitter.com/ExvrHilcjU
— Italian Football TV (@IFTVofficial) November 24, 2021
Dan kemudian menyatakan bahawa Spartak yang turut diberikan gelaran babi. Ironinya orang Itali memang suka memanggang babi dalam tradisi dipanggil prochetta.
Jadi media Itali mulai menggambarkan bahawa Napoli sudah sedia memanggang babi di Moscow.
Namun aksi semalam sebaliknya pula yang berlaku apabila Napoli yang datang dan kena panggang sekali lagi.
Dua gol oleh Aleksandr Sobolev pada separuh masa pertama hanya dibalas oleh Eljif Elmas pada separuh masa kedua.
Kekalahan itu sangat mengecewakan Spalletti yang sebelum ini dah cakap besar. Dia kemudian menolak untuk berjabat tangan dengan pengurus Spartak, Rui Vitoria.
Reaksi Rui Vitoria yang tenang dan bersahaja sambil tersenyum membuatkan video dia tular ke seluruh dunia. Ramai yang melabel Spalletti sebagai sore loser ataupun si kalah yang tak dapat menerima kekalahannya.
https://youtu.be/SXj9E33Faw0
Two emojis to describe this? Hmm…
😎 and 🤡
So much for fair play. pic.twitter.com/z3x7Qaxyys
— FC Spartak Moscow (@fcsm_eng) November 24, 2021
Spalletti kemudian menafikan bahawa dia koyak kerana kalah. Tetapi menyatakan bahawa dia tidak mahu berjabat tangan kerana Rui Vitoria yang tidak mahu menyapanya sebelum sepak mula.
Spalletti menganggap Rui Vitoria sebagai tidak beradab dengan tetamu yang datang ke tempat mereka.
Spalletti berkata: “Dia tidak menyapa saya pun sebelum perlawanan. Itu adalah cara kamu mahu berjabat tangan dengan pengurus lain, ianya tidak berakhir hanya kerana kamu menang.”
“Saya sentiasa menyapa pengurus pasukan pelawat sebelum perlawanan. Benda ni mudah untuk kamu buat sebab kamu dah menang kan? Kamu harus mengalu alukan orang yang datang ke stadium kamu.”
Twitter Spartak Moscow kemudian berkongsi rumusan dendam Spalletti sebelum ini yang memberikan amaran bahawa mereka mahu membalas dendam di Moscow. Namun tidak kesampaian.
Ladies and gentlemen, we got 'em.
(last one I promise) pic.twitter.com/pmBVYRgLU2
— FC Spartak Moscow (@fcsm_eng) November 24, 2021