Call Of Duty Kini Bersaiz 201GB, Ramai Gamers Kecewa Dan Terpaksa Lupakan Game Tersebut

Call Of Duty: Modern Warfare merupakan game yang memiliki ramai peminat setianya. Namun setia tolak tepi dulu kerana saiz terbaru permainan itu kini membuatkan ramai jadi gila.

Terbaru Call of Duty: Modern Warfare 5, di mana kesemua patchnya kini bersaiz lebih 200GB.

Ramai yang menyatakan game tersebut telah membuatkan kesemua ‘gigabyte’ pada PC ataupun konsol mereka telah ditapau oleh satu game sahaja.

Call of Duty: Warzone Season 5 sebenarnya antara game yang mendapat pujian daripada ramai. Cuma saiznya secara tetap adalah 214,895,564,416 bytes.

Jika dulu kita selalu cakap, game macam Call Of Duty ni berat sebab makan saiz dalam 30GB. Tak terasa masa berlalu pantas di mana saiznya kini adalah 242GB.

Mujur selepas dicompress menjadi 201GB. Itu pun masih besar kan?

Ramai gamers membuat protes kepada pengeluar permainan tersebut dan menyatakan mereka terpaksa melupakan game itu kerana saiznya terlalu besar.

Ada yang terpaksa membuang game lain hanya kerana nak mengosongkan ruang storan kepada game ini.

Bagi yang bermain game di konsol, pastinya ianya saiz yang sangat besar, sebab konsol seperti PS4 ada saiz 500GB ataupun 1TB HDD.

Untuk yang menggunakan PC terpaksalah menambah lagi saiz storan PC korang.

Kini ramai yang tertanya, adakah selepas kemaskini akan datang game itu akan menjadi 300GB?

Dan seperti pada Januari, berikut adalah game dengan saiz yang sangat besar selain daripada COD: Modern Warfare 5 ini.

Quantum Break – 178GB
Destiny 2: Shadowkeep – 165GB
Red Dead Redemption 2 – 150GB
Final Fantasy XV – 148GB
Call Of Duty: Black Ops III – 113GB
Gears Of War 4 – 112.3GB
Call Of Duty: Infinite Warfare – 101GB
Middle Earth: Shadow Of War – 95GB
Deus Ex: Mankind Divided – 77GB

Seorang journalist eSukan iaitu Darryn Bonthuys daripada Critical Hits telah membidas pengeluar permainan video yang pada hari ini seolah olah berlumba lumba menghasilkan game dengan saiz yang terlalu besar.

Mereka seolah olah tidak ada usaha untuk mengatasi masalah ini.

Namun ada juga developer yang mulai mendengar rintihan para gamers. Misalnya pemaju permainan Destiny 2 iaitu Bungie telah mengambil langkah drastik untuk mengurangkan saiz permainan mereka.  Itupun saiz dia masih sangat besar.