The Bellagraph Nova Group (BNG) adalah sebuah syarikat yang berasal dari Singpura walaupun ibu pejabatnya di Perancis.
Bellagraph Nova Group (BNG) kini sedang berunding dengan Mike Ashley untuk pengambilalihan.
Ini selepas rundingan dengan konsortium dari Saudi sebelum ini gagal. Perjanjian sekitar £300 juta itu tak dapat direalisasikan selepas PIF tidak sanggup lagi menunggu keputusan ujian ke atas Lembaga Pengarah.
PIF sebelum ini dikaitkan dengan beberapa salah laku termasuk tuduhan oleh BeIN bahawa kerajaan Saudi yang membiayai PIF telah membenarkan cetak rompak penyiaran EPL di negara mereka.
Selain itu, AMNESTY International turut menentang PIF apabila Putera Mahkota Mohammed Bin Salman dikaitkan dengan pembunuhan wartawan dari Arab Saudi di Turki.
PIF terus gagal mendapatkan undian majoriti daripada pemilik EPL yang lain dan membawa kepada PIF menarik diri daripada pemilikan baharu walaupun wangn pendahuluan sudah dibayar.
Mike Ashley sudah berikrar akan mencari pembeli baharu untuk Newcastle.
BNG, merupakan syarikat yang turut ditubuhkan bersama oleh 3 pelabur Singapura iaitu Evangeline Shen, Nelson Loh dan Terence Loh.
Namun ibu pejabat syarikat tersebut di Paris. Dan mereka ketika ini dimaklumkan sangat teringin untuk membantu Newcastle dengan melabur untuk membangunkan kelab.
BNG dalam kenyataannya berkata: “Pengasas-pengasas Bellagraph Nova Group sudah mengeluarkan LOI (Letter of Intent) dan juga penyata kewangan pada 10 Ogos lalu.”
Singapore-backed company Bellagraph Nova Group claims it has held talks with Newcastle over the possible takeover of the club.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 17, 2020
“Sebagai tambahan, untuk memastikan terbinanya hubungan dengan kelab Newcastle dan juga komuniti, Bellagraph Nova Group meminta bantuan daripada bekas kapten England Alan Shearer dan bekas pemain iaitu Michael Chopra.”
BNG memiliki 31 entiti pernigaan dan menjana keuntungan sekitara $12bn (£9.154bn) pada tahun lalu menurut laman rasmi syarikat.
BNG juga menambah bahawa, rundingan dengan Mike Ashley sudah bermula beberapa hari lalu dan masih berjalan.
Mahu Ronaldo terus
Terbaru BNG menyatakan mereka mahu menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai sasaran utama perpindahan mereka apabila berjaya menjadi pemilik Newcastle kelak.
Can you imagine Ronaldo at #NUFC 😂https://t.co/jTJgrJuX1Y
— talkSPORT (@talkSPORT) August 18, 2020
Ini kerana Cristiano Ronaldo menurut mereka adalah gambaran tepat mewakili nilai nilai syarikat mereka.
The Bellagraph Nova Group claim they want to sign Cristiano Ronaldo if they strike a deal to buy Newcastle United. #nufc [Telegraph] https://t.co/8SjG0BnCpJ
— NUFC 360 (@NUFC360) August 17, 2020
BNG berkata menerusi Twitter mereka: “Sementara berusaha untuk memperluas sempadan kami dan berkembang ke arah kecemerlangan, BNG sedang dalam usaha pengembaraan sukan baru yang membawa kita untuk mewujudkan sinergi baru dengan kelab dan pemain yang berbeza seperti @Cristiano yang merupakan wakil sebenar dari nilai kita.”
Ronaldo ketika ini bermain untuk Juventus. Di mana beliau masih ada baki 2 musim lagi. Namun masa depan Ronaldo di Juventus menjadi tanda tanya selepas tersingkir dari UCL.