Calvert Lewin Terus Meledak -11 Gol- Namun Everton Gagal Menewaskan Pasukan Bawahan Burnley

Everton melepaskan peluang besar untuk naik ke tempat ke-4 selepas hanya seri ketika menentang Burnley.

Ia juga boleh menjadi kemenangan ke-2 dari 7 perlawanan tetapi mereka gagal melakukannya. Everton gagal mencari kualiti yang diperlukan untuk menewaskan Burnley.

Everton ketinggalan seawal minit ke-3 selepas Robert Brady menjaringkan gol untuk Burnley.

Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa pertama untuk meletakkan keputusan terikat 1-1.

Everton terus mencari jaringan kemenangan tetapi agak kurang konsisten ditambah kecemerlangan Nicky Pope yang menyelamatkan 2 percubaan bahaya seterusnya mengecewakan mereka.

Pada masa sama Everton juga perlu berterima kasih kepada Jordan Pickford kerana membuat beberapa hadangan penting bagi mengelak gawangnya dibolosi.

Salah satu darinya, Pickford menghalang percubaan Chris Wood dalam situasi 1 lawan 1.

Jika gerakan itu berahir dengan jaringan Everton akan ketinggalan 0-2 dan situasi mereka akan menjadi lebih sukar.

MENGEKALKAN PERTAHANAN BERTIGA

Sekali lagi Everton turun dengan menggunakan 3 pertahanan tengah, pengubahsuaian akibat dua pertahanan sisi Lucas Digne dan Seamus Coleman cedera.

Alex Iwobi yang cemerlang ketika bertemu Fulham diturunkan di posisi sayap bertahan-kanan dan pemain tengah Fabian Delph diletakkan di sayap pertahanan-kiri.

Yerry Mina juga kembali ke kesebelasan utama mengenepikan Mason Holgate untuk bersama Michael Keane dan Benjamin Godfreys di pertahanan tengah.

Carlo Ancelotti mengekalkan pemain sama di posisi lain.

NOTA PERLAWANAN

Burnley terlalu pantas menjaringkan gol pendahuluan perlawanan apabila Lee Westwood berjaya memintas bola hantaran Allan kepada Abdoulaye Doucource.

Westwood terus membuat hantaran satu sentuhan kepada Brady dan dia melepaskan percubaan padu dari jarak 20 meter, melengkung ke sebelah kanan Pickford.

Everton mula mendapat rentak selepas itu dan hampir menjaringkan gol penyamaan 10 minit selepas jaringan Brady.

Carvert-Lewin menghulur kakinya menyentuh bola hataran lintang dari Iwobi namun Pope berada di posisi tepat untuk menghalang usaha dari penyerang itu.

Beberapa minit kemudian penjaga gol antarabangsa England itu melakukan layangan badan menyelamatkan percubaan Richarlison.

Delph hanya sempat beraksi selama 30 minit sebelum mengalami kecederaan hamstring. Andre Gomes dibawa masuk dan Everton melakukan perubahan formasi dari 3-4-3 kepada 4-3-3.

Dalam situasi lain Burnley mempunyai peluang besar melebarkan kedudukan 2-0 5 minit sebelum babak pertama tamat.

Wood memenangi ariel duel dari tendangan Pickford, bola tersebut jatuh ke kaki Dwight McNeil sebelum melepaskan kepada penyerang Burnley.

Pickford meluru keluar dari kawasannya untuk melakukan hadangan dengan kakinya selepas Wood berjaya melepaskan dirinya dari kawalan pertahanan Everton.

Everton berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit kecederaan separuh masa pertama.

Jaringan tersebut bermula dengan satu gerakan kontroversi apabila Allan menjatuhkan pemain lawan untuk merampas bola.

Pemain itu kemudiannya menghantar kepada Richarlison di sebelah kiri sebelum melakukan hantaran lintang rendah ke kawasan 6 ela.

Carlvet-Lewin sekali lagi melakukan teknik sama apabila menghulurkan kakinya menyerang bola hantaran lintang tersebut.

Bermula separuh masa kedua, Everton kembali positif namun kurang konsisten. Percubaan dari James Rodriguez diselamtakan dengan aksi layangan badan dari Pope.

Peluang terbaik Everton muncul pada masa kecederaan apabila Gylfi Sigurdsson berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti namun Pope sekali lagi melakukan penyelamat menggunakan kakinya.

JADUAL SUKAR EVERTON

Everton kini hanya menang 1 kali dari 7 perlawanan terakhirnya. Everton bakal menghadapi 4 pelawanan sukar pada baki jadual bulan Disember.

  • 12.12: Everton lwn Chelsea
  • 16.12: Leicester lwn Everton
  • 19.12: Everton lwn Arsenal
  • 23.12: Everton lwn Man United
  • 26.12: Sheffield Utd lwn Everton
  • 28.12: Everton lwn Man City
KOMEN ANCELOTTI

Ancelloti gembira melihat Everton bangkit selepas memulakan perlawanan dengan agak buruk selepas ketinggalan seawal 3 minit.

Namun pengurus tersebut tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila perlawanan berkahir dengan keputusan seri.

“Kami perlu menerima keputusan itu. Kami tidak bagus pada permulaan dan menghadapi kesukaran untuk kembali semula ke dalam permainan.

“Selepas 30 minit kami kembali, selepas kami mengawal dengan baik. Kami cuba menang pada babak kedua, kami mempunyai peluang.

“Sudah pasti kami juga dibolosi. Kami menghadapi masalah menerima ancaman serangan balas pantas. Kami harus menerima hasilnya kerana persembahannya (Burnley) cukup baik.”

Ancelotti juga memberi pujian kepada Godfrey. Pemain pertahanan itu telah beralih posisi ke kiri selepas Delph dikeluarkan pada minit ke-26 kerana mengalami kecederaan hamstring.

Pemain muda itu telah melakukan aksi cemerlang sebelum dialihkan ke kiri. Dia membantu menghalang Burnley melebarkan kedudukan pada minit ke-12.

“Kami berada dalam keadaan kritikal (pertahanan sisi). Melihat kepada persembahan hari ini, Iwobi menunjukkan prestasi sangat baik begitu juga dengan Ben Godfrey.

“Pada saat ini kami perlu mengadaptasi beberapa pemain.

“Kami harus positif dan berharap segera pulih. Seamus akan pulih tidak lama lagi dan akan mencari solusi di sebelah kiri pertahanan.”

Calvert-Lewin kini sudah menjaringakan 16 gol dalam semua pertandingan musim ini, 11 di Liga Perdana Inggeris.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil