Canelo Alvarez Mahu Bantai Messi Sebab ‘Memijak Jersi Mexico’

Peninju Mexico Canelo Alvarez telah mengancam kapten Argentina, Lionel Messi kerana menurutnya tidak menghormati negaranya.

Satu video tular menunjukkan Messi dan rakan sepasukan Argentina meraikan kemenangan mereka ke atas Mexico di bilik persalinan.

Ketika Messi bersorak dan menanggalkan butnya, kapten Argentina itu dituduh telah menyepak jersi Mexico yang berada di atas lantai.

Canelo, yang telah memenangi kejuaraan dunia dalam empat kelas berat sepanjang kariernya, merasakan tindakan Messi adalah disengajakan dan menulis tweet:

“Kerong ada tengok tak Messi membersihkan lantai dengan jersi dan bendera kami????

“Lebih baik dia berdoa kepada Tuhan agar aku tidak melihat dia depan mata!! Sama seperti mana aku  menghormati Argentina, dia harus menghormati Mexico!

“Aku tidak bercakap tentang negara secara keseluruhan, hanya benda bodoh – yang Messi lakukan.”

Ramai peminat dari seluruh dunia cepat menyatakan bahawa Messi hanya menanggalkan but apabila dia secara tidak sengaja menyentuh jersi Mexico.

Seorang lagi peminat meminta Canelo melihat betul betul video tersebut, di mana jersi Mexico langsung tidak dipijak oleh Messi. Dia berdiri di belakang jersi itu.

Messi kemudian secara tak sengaja tersepak jersi itu ketika merenggangkan kakinya. Dia langsung tidak menunjukkan reaksi itu sengaja di lakukan.

Canelo mempertahankan kritikannya dan menambah: “Dari saat jersi Mexico berada di lantai, ia sudah menjadi satu penghinaan.”

Perkara itu akhirnya dibalas bekas penyerang Argentina, Sergio Aguero. Menurut Aguero, para pemain sudah biasa meletakkan jersi di lantai ketika di bilik persalinan, termasuk jersi negara mereka sendiri.

Aguero berkata: “Encik Canelo, jangan cari alasan atau masalah, pasti anda tidak tahu tentang bola sepak dan apa yang berlaku di dalam bilik persalinan,” kata Aguero di Twitter.

“Jersi sentiasa di atas lantai selepas perlawanan kerana berpeluh dan kemudian jika anda melihat dengan baik, dia membuat pergerakan untuk menanggalkan but dan secara tidak sengaja menyepaknya.”

Ada juga mengingatkan Canelo bahawa Messi sangat menghormati jersi setiap negara. Malah memiliki muzium jersi minit di rumahnya.

Baca yang lain