Eric Cantona telah mengejek bola sepak di negara itu sendiri. Di mana dia menggelarkan Perancis sebagai tiada sejarah dalam bola sepak.
Hal ini kerana menurutnya, di Perancis tidak banyak kelab yang benar benar kompetitif berada di satu bandar yang sama. Membuatkan sokongan kepada pasukan itu terhad kepada kelab besar sahaja.
Berbanding dengan negara lain seperti England, atau Sepanyol dan sebagainya.
Misalnya di Paris, hanya PSG yang benar benar kelab besar bermain di peringkat tertinggi. Kelab lain hanyalah bermain di liga bawahan.
Oleh sebab itu kelab kelab di Liga Perancis tidak segah kelab kelab lain dalam sejarah bola sepak dunia. Walaupun negara mereka memiliki pencapaian luar biasa di peringkat kebangsaan.
Hal ini kerana pembangunan bola sepak di peringkat kelab itu dianggap terbantut. Dalam sejarah panjang bola sepak Perancis, Marseille masih kekal satu satunya kelab yang pernah memenangi UCL.
Bercakap kepada Foot Mercato, Cantona berkata: “Bola sepak Perancis tiada sejarah. Dan kita satu satunya negara di dunia ini tiada 2 kelab dalam 1 bandar yang sama.”
“Ya, memang ada ramai yang sukakan bola sepak di Perancis, penyokong sejati. Namun tak cukup kalau sekadar 2 pasukan sahaja dalam satu bandar.”
“Mungkin orang cakap saya dah tua nyanyuk. Namun saya lebih suka dengan perkara yang boleh menyentuh hati saya. Bercakap tentang bandaraya Paris, saya lebih suka melihat aksi Red Star [kelab divisyen ketiga yang berpangkalan di Paris] berbanding dengan PSG.”
🎙️ Eric Cantona: “French football has no history. It is the only country in the world where the same city does not host two teams. So yes, there are people who love football, there are real fans, but not enough to have two clubs in one city.
And I may be an old jerk, but I… pic.twitter.com/o0TwsreBuX
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) May 26, 2023
Legenda Man United itu pernah bermain dengan enam kelab di Perancis sebelum dia berhijrah ke Liga Inggeris menyertai Leeds United dan kemudian Man United. Dia juga memiliki 45 kaps untuk negaranya.
Dia dianggap legenda penting EPL satu ketika dahulu. Pemain yang elegan dan kontroversi pada masa yang sama.