Capello: Tiada Maaf Bagi Ronaldo Untuk Kesilapan Ini, Kenapa Dia Takut?

Fabio Capello tampil dengan kritikan yang mengejutkan. Di mana bekas pengendali England itu melabel kesilapan Cristiano Ronaldo ketika aksi kedua Juventus dalam peringkat 16 akhir UCL menentang Porto – sebagai kesalahan tidak boleh dimaafkan.

Media Itali dan beberapa tokoh lain kini sedang rancak mengutuk Ronaldo, malah ada yang menganggap Ronaldo satu pembelian yang merugikan kerana terlalu mahal. Bekas Presiden Juventus, Giovanni Gigli antara yang menuduh Ronaldo satu kerugian.

Sedangkan sebelum ini keluar segala laporan daripada Juventus bahawa Ronaldo menaikkan nilai komersial kelab dan juga nilai saham mereka.

Berbalik kepada komen Capello, dengan kedua dua pasukan hampir memasuki penentuan penalti, seminit lagi, Porto dihadiahkan sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Sergio Oliveira tidak mempersiakan peluang dengan melakukan rembatan leret yang melepasi celah kaki Ronaldo, yang membelakangi bola, berbanding dengan cuba berhadapan dan menghadang bola.

Selepas tamat perlawanan, bekas pengurus Juve itu mengutuk Ronaldo sebagai antara punca gol yang menentukan kemaraan lawan yang bermain 10 pemain itu. Capello tidak dapat menerima tindakan Ronaldo yang memusingkan badannya dan membelakangi bola. Lantas Capello menggelar ia kesilapan yang tiada maaf.

“Ada beberapa kesilapan kerana hilang fokus, dan gol pun terhasil. Sebelum bola disepak, Ronaldo sudah berpaling dan memusingkan badannya, ini satu kesilapan serius. Kamu sekarang sebahagian daripada benteng pertahanan. Dan kamu tahu kamu akan menerima risiko berdepan dengan rembatan deras dan bersedia untuknya.”

Capello juga menganggap tindakan Ronaldo itu menunjukkan dia takut terkena bola. Dan ianya satu kesilapan yang tidak boleh berlaku.

“Seiapa sahaja dekat benteng itu tak boleh takut terkena bola.”

“Ini kesilapan yang tidak boleh dimaafkan dan tak ada alasan untuk menjelaskannya.”

“Selain dari Chiesa, siapa yang boleh melakukan perbezaan malam ini? Yang lain nampak tidak bersemangat, pemain pemain Porto lebih ada rentak.”

Andrea Pirlo sebelum ini turut memberikan komen tentang benteng mereka yang ‘kena makan’ dengan bola rendah. Menurut Pirlo mereka memang melakukan kesilapan kerana silap agakan.

Ronaldo ditandatangani dari Real Madrid dengan nilai EUR108 juta pada 2018. Menjadikannya ia perpindahan keenam termahal dalam sejarah. Dan beliau memang dibawa untuk membantu kelab menjuarai UCL. Tetapi sudah beberapa musim, Ronaldo masih tidak ada UCL bersama Juventus.

Juventus dan Ronaldo gagal melepasi peringkat 16 akhir dalam 3 musim. Disingkirkan Ajax, Lyon dan sekarang Porto. Dalam ketiga tiga pertarungan itu, Juventus seringkali dianggap pilihan utama yang jelas.

Juventus mendominasi bola sepak Itali dengan 9 Serie A berturut turut. Cuma UCL masih lagi mereka kemarau sejak 1996. Sebelum ini Ronaldo sudah membantu Real Madrid menjuarai 4 UCL ketika di sana.

Dalam sejarah, Juventus mara ke 9 final UCL, menang cuma 2. Hanya Bayern, AC Milan dan Real Madrid, marak ke final lebih banyak. Bezanya kelab kelab itu ada rekod final lebih baik. Juve adalah kelab pertama tewas 7 final UCL dalam sejarah.


BACA JUGA: Selepas 16 Tahun, Inilah Pertama Kalinya Suku Akhir UCL Tanpa Messi Atau Ronaldo, Berakhirnya Sebuah Era?

Dengan tersingkirnya Barcelona dari UCL, sehari selepas Juventus dirembat keluar oleh Porto bermakna, tiada nama Lionel Messi atau  Cristiano Ronaldo dalam aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah kali ini.

Ronaldo pemenang 4 kali UCL, manakala Messi pula dengan 3 kejuaraan UCL di kabinetnya.

Dan ini adalah pertama kalinya selepas 16 tahun suku akhir Liga Juara Juara Eropah tanpa dua legenda, serta sudah pastinya, 2 pemain terbaik dalam generasi mereka – dan antara yang terbaik sepanjang zaman.

Ketiadaan Messi dan Ronaldo dalam suku akhir Liga Juara Juara Eropah mulai dianggap petanda bahawa bakal berakhirnya sebuah era. Ya mereka masih ada peluang melakukannya pada masa akan datang, namun ini adalah satu detik di mana, para peminat sudah merasai bahawa dua pemain tersebut tidak selamanya mampu menjadi penyelamat pasukan mereka.

Ramai peminat memberikan reaksi agak sedih dengan perkara tersebut, mengenangkan kedua duanya adalah penguasa duopoli dalam dunia bola sepak sejak sedekad setengah.

Messi sudah berusia 33 tahun, dan Ronaldo sudah 36 tahun. Kedua dua mereka masih berada di tahap tertinggi dalam karier mereka, walaupun peak pastinya tidak seperti dahulu.

Kegagalan ini bukan sama sekali kegagalan individu, namun lebih kepada kegagalan pasukan. Juventus tidak membeli pemain yang lebih berkesan untuk membantu pasukan. Ya mereka mendapatkan Morata, dan Arthur, namun pasukan tersebut jelas memerlukan pemain yang lebih baik. Lihat sahaja kempen Serie A mereka, penuh dengan bergelut dengan prestasi.

Seterusnya, perlantikan pengurus tidak berpengalaman Andrea Pirlo juga satu risiko yang sudah dijangka  oleh Juve. Mungkin mereka mengharapkan impak seperti Guardiola di Barcelona satu ketika dahulu? Pirlo jelas masih perlukan banyak masa.

Barcelona pula terlalu banyak masalah dalaman dalam pasukan mereka. Sebut apa sahaja skandal yang mereka tak ada dalam beberapa musim ini. Daripada skandal Barcagate – kes upah cytro dan serang pemain serta legenda sendiri – sehinggalah pejabat digeledah kerana disyaki ada penggubahan wang haram.

Mereka juga berdepan dengan kemarahan penyokong sendiri dalam banyak perkara – pada era Bartomeu. Ini termasuk pengurusan yang membuatkan Messi mahu angkat kaki. Mujur selepas itu Messi kekal.

Barca kemudian menanggung kesan ekonomi yang sangat kuat ketika wabak melanda. Segalanya kerana perbelanjaan membeli pemain yang tak ingat dunia. 3 pemain dibeli dalam beberapa perpindahan dengan nilai lebih EUR100 juta iaitu Griezmann, Dembele dan Coutinho.

Buat masa ini 3 pemain itu hanyalah pemain pasukan seperti yang lain dan tak lebih dari itu. Mereka gagal menunjukkan kualiti EUR100 juta.

Barca tidak mampu membeli pemain musim ini. Malah terpaksa menjual dan melepaskan beberapa pemain. Yang ada seperti Pjanic, dengan swap deal dengan Arthur.

Ramai pemain muda diserap untuk menampung kapasiti pasukan. Dan jelas itu tidak cukup untuk berdepan dengan kualiti UCL terutama sekali diundi awal berdepan PSG.

Rumusannya, daripada kedua dua situasi, Messi nampak lebih rumit daripada Ronaldo. Namun tetap juga kedua dua pasukan musim ini masing masing bergelut dengan prestasi. Memang mereka masih bersaing di peringkat domestik, namun kita bercerita soal kualiti pasukan mereka berbanding sebelum ini.

Setiap era pasti akan berakhir, dan diganti oleh mereka yang baharu. Jelas sekali ini era Messi dan Ronaldo masih lagi belum berakhir berdasarkan kualit mereka.

Namun peminat akan merasai buat pertama kalinya pentas tertinggi – suku akhir UCL tanpa Messi atau Ronaldo. Dan era itu akan datang jua suatu hari nanti.

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil