Capello Tuduh Guardiola Perosak Bola Sepak

Fabio Capello mendakwa bahawa Pep Guardiola kadangkala terlalu idealis sehingga merosakkan sendiri pasukannya.

Capello berterus terang menyatakan dia tidak suka dengan sikap angkuh Guardiola yang membuatkan dia terlepas peluang menjuarai UCL lebih awal dengan Man City serta terlepas UCL bersama dengan skuad serba bintang Bayern Munich.

Capello berkata: “Anda tahu apa yang saya tidak suka tentang Guardiola? Keangkuhannya. Liga Juara-Juara yang dimenanginya bersama City [pada final 2023 mentang Inter Milan] adalah satu-satunya yang dia tidak mencuba sesuatu yang kelakar dalam perlawanan penentuan.

“Tetapi sepanjang tahun-tahun yang lain, di Manchester dan Munich, pada hari-hari penting, dia sentiasa mahu menjadi protagonis. Dia akan mengubah sesuatu dan menciptanya supaya dia boleh berkata: ‘Bukan pemain yang menang, tetapi saya’.

“Dan keangkuhan itu menyebabkan dia kehilangan beberapa Liga Juara-Juara. Eropah Saya menghormatinya, tetapi bagi saya, ia jelas sikap angkuhnya.

“Selain itu, walaupun ia bukan lagi salahnya, dia telah melakukan banyak kemudaratan kepada bola sepak. Kerana semua orang menghabiskan sepuluh tahun untuk menirunya,” kata Capello yang menganggap semakin ramai jurulatih moden hari ini cuba meniru taktikal Guardiola, terutam,anya kepada bola sepak di Itali.

“Ia merosakkan bola sepak Itali, yang kehilangan identitinya. Saya berkata: ‘Hentikanlah [nak meniru taktikal Pep], anda tidak mempunyai pemain Guardiola’! Terdapat juga idea yang tidak masuk akal bahawa hanya itu yang perlu dilakukan untuk bermain dengan baik.

“Bencana dan juga kebosanan yang membuatkan ramai orang lari dari bola sepak, mereka hanya perlu menonton acara kemuncak [terutama final], kenapa anda akan menonton hantaran 90 minit dan hantaran melintang tanpa berlawan, tanpa berlari…?”

“Nasib baik, bola sepak sedang berubah. Pertama sekali, Sepanyol mengubahnya dengan memenangi Kejohanan Eropah dengan dua pemain sayap dan bermain pantas,” kata Capello lagi.

Ramai peminat kurang setuju dengan pandangan Fabio Capello, kerana menurut mereka, Guardiola salah seorang pengurus terbaik sepanjang zaman.

Kemudian seorang lagi peminat mendakwa Capello kelihatan sakit hati dengan Guardiola walaupun pengurus itu tak pernah kacau dia.

Seorang  peminat meenulis: “Itulah komen daripada seorang yang mampu menang  1 UCL dalam kariernya bersama dengan kelab sarat bintang seperti Juventus, Real  Madrid dan AC Milan. Dia juga gagal memenangi apa apa dengan skuad generasi emas England yang dianggap antara terbaik sepanjang zaman.”

Yang lain pula ada yang setuju. Mereka beranggapan Guardiola telah menghalang pemain daripada menjadi lebih kreatif dan lebih bebas, kerana terikat dengan sistem yang dia mahukan.

Ada juga penyokong Man City sendiri yang setuju denggan apa yang diutarakan Capello.

Malah mereka berharap Guardiola bermain dengan sistem lebih direct  berbanding dengan sistem yang terlalu mementingkan penguasaan bola dan menjadikan ia bosan, kata seorang peminat City.