Cara Salah Raikan Rekod Penjaring Terbanyak Liverpool Di EPL: “Balik Rumah Minum Teh Herba Bersama Keluarga”

Mohamed Salah telah menjadi penjaring terbanyak untuk Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris selepas menjaringkan dua gol ketika menang 7-0 menentang Manchester United pada Ahad.

Salah juga telah menjadi penjaring terbanyak Liverpool menentang United dalam era Liga Perdana.

Mohamed Salah menyami rekod Robbie Fowler dan memecahkannya dalam satu malam yang sama.

Dia memberikan komennya tentang kejayaan itu. Mohamed Salah berkata: “Ia sangat istimewa, saya tidak boleh berbohong.”

“Rekod ini berada dalam fikiran saya sejak saya datang ke sini, saya fikir selepas tahun pertama saya sentiasa mengejar rekod itu, jadi untuk memecahkannya hari ini, menentang United, dengan keputusan itu, adalah sukar dipercayai.”

Mo Salah menyatakan dia akan meraikannya dengan cara dia tersendiri. Tidak ada keraian di pub atau kelab malam memandangkan dia seorang muslim yang taat.

Sebaliknya dia akan pulang ke rumah meraikannya bersama keluarga dan minum teh herba camomile.

“Jadi saya pulang ke rumah untuk meraikannya dengan keluarga, minum teh camomile dan tidur!” kata beliau.

The Reds mengaibkan saingan mereka di Anfield untuk meletakkan diri mereka teguh dalam perlumbaan untuk menduduki tempat empat teratas.

Cody Gakpo dan Darwin Nunez dan Mo Salah masing masing menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini selepas permulaan yang agak sukar pada separuh masa pertama di bahagian serangan.

Firmino menambah 1 lagi gol untuk menjadikan kedudukan 7-0.

Gol pertama pemain Mesir itu sangat hebat. Ketika bola sampai kepadanya, Salah berpusing dan merembat masuk ke arah gol dengan percubaan sepakan pertama [first time shot].

Ia adalah satu gol yang mengukuhkan lagi hari yang sempurna untuk Liverpool dan meningkatkan status legendanya di Merseyside.

Gol pertama Salah adalah kesembilannya dalam Liga Perdana Inggeris menentang United untuk Liverpool, yang merupakan gol terbanyak yang dijaringkan pemain Reds menentang kelab Manchester itu pada era Liga Perdana.

Pemegang rekod sebelum ini ialah Steven Gerrard dengan lapan gol.

Gol ke-10 Salah dalam Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool menentang United datang sejurus sebelum wisel penamat.

Bekas bintang Chelsea itu kini mempunyai 130 gol untuk Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris – menjadikannya penjaring terbanyak mereka dalam pertandingan itu. Dia telah menjaringkan lebih banyak gol daripada Robbie Fowler (128), Steven Gerrard (120), Michael Owen (118) dan Sadio Mane (90).

Salah ditanya mengenai memecahkan dua rekod itu sebelum sepak mula. Seperti yang dipetik oleh Liverpool ECHO, dia berkata pada ketika itu:

“Saya sedar tentang rekod, terutama yang ini. Bagi saya ia benar-benar istimewa. Apabila saya datang, selepas musim pertama saya, saya mempunyai 31 gol dan saya seperti, ‘Saya mahu untuk menjadi penjaring terbanyak Liverpool dalam Liga Perdana’. Ia sesuatu yang saya kejar.”

“Saya mempunyai beberapa rekod yang baik di Liverpool. Secara jujurnya, selagi kami mencapai sesuatu bersama pasukan itu adalah perkara paling penting bagi saya.”

“Saya sangat gembira dan bangga untuk memecahkan rekod dan memenangi trofi dalam pasukan seperti Liverpool.”

Salah menambah, “Adalah bagus untuk memiliki rekod dalam perlawanan besar ini, terutamanya menentang United. Kami tahu hubungan antara United dan Liverpool. Sudah tentu ada motivasi tambahan, tetapi sesiapa yang menjaringkan gol [menentang United] saya gembira dengannya. .”