Cardiff City membuat kejutan apabila mereka mengumumkan mahu mengambil tindakan ke atas Nantes dengan menyaman kelab itu €120 juta.
Hal ini kerana mereka percaya kecuaian Nantes telah menyebabkan Emiliano Sala terlibat nahas kapal terbang.
Sala sebelum ini menjadi bakat yang ditandatangani oleh Cardiff City. Dan mendiang dalam proses untuk memuktamadkan perjanjian di Cardiff. Ketika dalam penerbangan dia terlibat nahas pesawat.
Beberapa tahun kemudian Cardiff menyalahkan Nantes sebagai cuai kerana menyediakan kapal terbang yang dianggap tidak selamat.
🚨 Cardiff City are suing FC Nantes for €120.2M over the Emiliano Sala death.
The Welsh club estimate that it had more than 54% of remaining in the Premier League with the Argentine striker.
Therefore, before the Nantes Commercial Court, the Welsh club will present an invoice… pic.twitter.com/X8fguC67Vp
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 21, 2024
Dan kini perbalahan berlaku lagi apabila Cardiff mahu menyaman kelab itu €120.2 juta. Ini selepas pakar analisis mereka meramalkan peluang mereka untuk terus kekal di EPL jika Sala menyertai mereka pada masa itu adalah 54.2%.
Kini kelab itu mahu menuntut €120.2 juta kerugian daripada Nantes.
🚨🚨| Cardiff City is taking legal action against FC Nantes, seeking €120.2 million following a study suggesting they had a 54.2% chance of avoiding relegation with Emiliano Sala.
They plan to submit an invoice of €120.2m to the French club.
[@lequipe] pic.twitter.com/3dLnoltQGc
— CentreGoals. (@centregoals) April 21, 2024
Ramai peminat kecewa dengan tindakan Cardiff yang dianggap terdesak mahukan wang dengan sanggup menggunakan nama mendiang untuk dijadikan isu.
Emiliano Sala dianggap bakat yang luar biasa. Dan Cardiff ketika itu berjaya memujuk pemain itu menyertai mereka walaupun ada persaingan daripada beberapa kelab lain.
Dia meninggal dunia pada 21 Januari 2019 pada usianya 28 tahun. Cardiff City sudah membayar €15 juta untuk mendapatkan Emiliano Sala pada ketika itu.