Cardigan Dengan Kesan Rokok Kurt Cobain Ini Dijual Dengan Harga RM1.4 Juta

Korang mesti pernah tengok cardigan yang dipakai oleh mendiang Kurt Cobain ni. Dan kini ia telah rasmi menjadi cardigan paling mahal yang pernah dilelong.

Ini baru betul-betul hobi kami mahal ni.

Cardigan yang berwarna hijau tersebut telah dijual dengan harga $334,000 ataupun RM1.4 juta. Kurt Cobain memakai cardigan tersebut dalam konsert akustik ikonik Nirvana MTV Unplugged.

Konsert tersebut dilangsungkan pada 1993. 5 bulan sebelum Cobain meninggal dunia pada usia 27 tahun.

Penganjur acara lelong itu, Julien Auction menyatakan mereka sendiri terkejut dengan harga memorabilia tersebut.

Ini kerana mereka menjangkakan ianya hanya mampu dijual sekitar $200,000 ke $300,000 (RM800,000 ke RM1.2 juta).

Tetapi mereka tak sangka harga yang diterima dalam lelongan itu sehingga begitu tinggi.

Garrett Kletjian merupakan pembeli cardigan tersebut pada 2015 daripada seorang yang tidak dikenali.

Beliau memutuskan untuk melelong cardigan itu kerana mendapat banyak tekanan ketika memiliki cardigan tersebut.

Garrett menyatakan beliau terasa seperti bayi yang lahir semula, selepas menjual cardigan tersebut.

Beliau sendiri risau dengan keselamatannya terancam hanya kerana sehelai cardigan.

“Saya membuka lelongan dan sambutan saya terima sangat luar biasa/keras.”

Baju tersebut ada sedikit kerosakan kerana kesan api rokok Kurt Cobain. Namun itu bukan masalah kepada pembeli, yang tidak didedahkan identitinya.

Takut korang pula berikan tekanan hidup dekat dia kan.

Konsert MTV Unplugged itu menjadi fenomena kerana para peminat Nirvana menikmati muzik dan juga mengenang pemergian ‘frontman’ kumpulan tersebut.

Dalam aksi MTV unplugged tersebut, Kurt Cobain merupakan nadi penting. Di mana beliau sangat cerewet isu set pentas serta kualiti audio.

Antara lagu yang korang paling layan pastilah The Man Who Sold The World. Layan kat bawah ni.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.