Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, berpendapat Barcelona sudah mati menjelang pertarungan el Clasico yang akan menemukan 2 kelab gergasi Sepanyol.
Real Madrid akan melayan kunjungan Barcelona di Bernabeu dengan status juara bertahan La Liga dan Liga Juara Juara Eropah.
Di atas carta liga, Barcelona kini sedang mendahului kedudukan dengan 22 mata. Real Madrid mendapat jumlah mata yang sama. Namun anak anak buah Xavi memiliki kelebihan pada kiraan perbezaan jaringan, memandangkan kedua dua pasukan belum bertemu untuk rekod head to head musim ini.
Pengurus asal Itali itu, Carlo Ancelotti tidak gentar dengan ancaman Barcelona.
Dia malah memberitahu El Chiringuito bahawa, Barcelona sebenarnya suadh mati. Satu satunya cara mereka mahu bangkit semula daripada kematian adalah dengan menewaskan Real Madrid dalam el clasico.
Ancelotti berkata: “Barcelona sudah mati pada sekarang ini. Satu-satunya cara mereka boleh bangkit ialah menang menentang Real Madrid.”
“Real Madrid tidak boleh membiarkan Barcelona menang lagi. Ini adalah perlawanan final,” katanya lagi.
Carlo Ancelotti: “Barcelona are dead right now, and the only way they can revive is by beating us on Sunday. We can’t let them win again. This is a final.”https://t.co/jQHVDtWoqW pic.twitter.com/AssW1vADcG
— Barca News Network (@Barca_News_N) October 14, 2022
Dalam perkembangan lain, Ancelotti turut mengesahkan bahawa Courtois sudah berlatih bersama pasukan dan memerlukan penilaian terakhir, bagi menentukan sama ada dia akan beraksi atau tidak.
Ancelotti: "Courtois has trained today, he has had good sensations. He will have another test tomorrow."
Real Madrid face Barcelona this weekend in the El Classico 🇪🇸#JoySports pic.twitter.com/05wZMHim1x
— ⬅️ #QatariQuest ⏳️ (@JoySportsGH) October 14, 2022
Barcelona bertandang ke Bernabeu dengan tekanan selepas mereka kini di ambang penyingkiran daripada Liga Juara Juara Eropah ke Liga Europa.
Ini selepas Barcelona terikat 3-3 dengan Inter Milan di Nou Camp baru baru ini.
Ia menyukarkan harapan mereka untuk mara ke pusingan 16 akhir.
Xavi Hernandez sendiri membidas prestasi pasukannya dengan menyatakan bahawa mereka tidak layak bermain di UCL pada masa ini.
Barcelona hanya menduduki tempat ketiga Kumpulan C dengan 4 mata daripada empat perlawanan.
Barcelona perlu menang dalam kesemua baki saingan dan mengharapkan Inter Milan keciciran mata berdepan Viktoria Plzen.
Real Madrid sedikit lebih baik. Walaupun hanya terikat seri 1-1 menentang Shakhtar Donetsk, skuad Ancelotti sudah sah layak ke fasa kalah mati Liga Juara-Juara.
Real Madrid telah menjadi tuan rumah Barcelona dalam Liga Sepanyol sebanyak 92 kali dengan rekod 55 kemenangan.
Bagaimanapun, pada lawatan terakhir Barcelona ke Bernabeu, mereka berjaya menang 4-0 daripada tuan rumah.
Musim ini adakah Barcelona akan mengulangi pencapai itu?
Sebagai tambahan, Barcelona akan memakai jersi khas dengan logo burung hantu yang merupakan logo Drake. Ianya sebahagian daripada syarat perjanjian dengan Spotify.