Carlo Ancelotti Dihadap Ke Mahkamah Kerana Menipu Cukai Kerajaan Sepanyol

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti akan dihadapkan ke mahkamah kerana skandal tak bayar cukai.

Ancelotti dilaporkan tidak membayar cukai bernilai €400,000 kepada kerajaan Sepanyol pada 2014.

Kesalahan cukai itu melibatkan cukai pendapatan berkaitan dengan hak imej pengurus asal Itali itu.

Di Sepanyol isu, hak imej seringkali menjadi masalah utama tokoh tokoh bola sepak dari luar sangkut dalam pembayaran cukai mereka.

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Jose Mourinho dan ramai lagi semuanya pernah berdepan masalah sama.

Isu hak imej ini biasanya melibatkan iklan menggunakan imej peribadi seseorang itu di luar Sepanyol. Ketika mereka masih terikat kontrak dengan kelab kelab di Sepanyol.

Sebab itu, cukai di Sepanyol  melibatkan hak imej dianggap rumit.

Sebagai contoh, Ronaldo bergambar iklan Nike di Amerika Syarikat. Kerajaan Sepanyol menuntut cukai tersebut daripadanya, kerana dia adalah pemain Real Madrid.

Perkara ini pernah disuarakan ramai pihak. Bahawa sistem percukaian di Sepanyol harus dirombak. Kerana ia dikhuatiri akan membuatkan lebih ramai pemain bintang luar tidak mahu beraksi di Sepanyol.

Dan kesemua mereka berjaya mengelak daripada hukuman penjara. Kerana di Sepanyol untuk kesalahan pertama bagi kesalahan penjara bawah 2 tahun, pesalah berhak untuk meminta tidak dipenjarakan.

Namun boleh menggantikan hukuman itu dengan denda yang tinggi. Tetapi ianya haruslah kesalahan yang tidak melibatkan jenayah berat seperti membunuh dan sebagainya.

Carlo Ancelotti harus menyelesaikan segera masalah tersebut. Kerana selepas ini dia akan ke Brazil untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan Selecao.