Carlo Ancelotti Jawab Sindiran Xavi: “Apa Dimaksudkan Dengan Bermain Bagus?”

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti telah memberi respon kepada kenyataan berbaur kontroversi oleh pengurus Barcelona Xavi Hernandez ke atas Los Blancos awal minggu ini.

Xavi membandingkan situasi Barcelona dan kejayaan Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea.

Kelab ibu negara Sepanyol itu memerlukan jaringan masa ekstra daripada Karim Benzema untuk memastikan diri mereka layak ke separuh akhir.

Pengurus Barcelona Xavi ternyata menyaksikan aksi Real Madrid dan Chelsea sebelum aksi Barcelona dan Frankfurt.

Dan dia memperlekehkan kemenangan Real Madrid secara agregat dalam dua perlawanan menentang Chelsea sebagai dicapai dengan corak permainan yang tidak bagus.

Di mana perkara tersebut tidak boleh berlaku di Barcelona. Kerana mereka akan dicemuh kerana menang sebegitu.

Xavi menegaskan bahawa di Barcelona, mereka ada tanggungjawab untuk sentiasa ‘bermain dengan bagus / cantik’ dan bukannya sekadar memenangi perlawanan semata mata, berbanding seteru mereka.

Dalam sidang media pra-perlawanan Real Madrid menjelang perlawanan Sevilla, Ancelotti diminta mengulas komen Xavi tentang sindirannya ke atas pasukan seteru Barcelona yang menurut Xavi cuma memikirkan kemenangan tanpa perlu memikirkan soal main bagus atau tak.

Ancelotti berpendapat bahawa setiap orang mempunyai pendapat mereka sendiri tentang ‘bermain dengan bagus’ dan baginya, bermain bagus adalah mengenai bermain dengan baik ketika dengan bola ataupun ketika tanpa bola. Pengurus dari Itali itu berkata:

“Saya ingin menjawabnya dengan soalan – Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bermain dengan bagus? Setiap orang mempunyai pendapat mereka sendiri tentang itu.”

Dengan kejayaan menyingkirkan Chelsea, Carlo Ancelotti menyertai Pep Guardiola dan José Mourinho sebagai hanya pengurus yang mencapai lapan separuh akhir Liga Juara-Juara.

“Bagi saya, bermain dengan bagus bermakna bermain dengan baik apabila anda mempunyai bola dan apabila anda tidak ada bola [off ball].”

“Anda boleh menjadi cemerlang dalam bertahan, tetapi itu tidak bermakna anda bermain dengan baik, kerana jika anda tidak melakukan apa-apa ketika memiliki bola, anda tidak melakukan apa yang anda perlu lakukan untuk menang jadi anda tidak bermain dengan bagus.”

“Dan sebaliknya, jika anda menyerang dengan baik dan bertahan dengan teruk, anda tidak bermain dengan bagus,” tegas Ancelotti yangh menyindir balik Barcelona yang melepaskan 3 bolos ke menetang Frankfurt dia Nou Camp dan hanya membalas 2 gol.

Pengurus berusia 62 tahun itu telah menyatakan bahawa bola sepak adalah mengenai ‘menyerang dan bertahan’. Dia juga memetik contoh Atletico Madrid bermain baik dalam bertahan menentang Manchester City.

Ancelotti menambah:

“Bola sepak adalah mengenai menyerang dan bertahan. Pasukan bermain dengan baik apabila mereka boleh menyerang dengan baik dan bertahan dengan baik – sama ada dengan tekanan rendah, sederhana atau tinggi. Itu bola sepak pada pandangan saya, dan tiada siapa yang akan mengubah apa yang saya fikirkan.”

“Saya akan berikan anda satu contoh, menentang City, Atlético bertahan dengan sangat baik, selepas itu anda boleh berhujah sama ada mereka boleh melakukan lebih baik lagi apabila mereka menguasai bola tetapi pertahanan mereka sangat baik.”

Barcelona mengalami kekalahan 2-3 di tangan Eintracht Frankfurt pada suku akhir Liga Europa.

Barcelona, ​​​​menamatkan musim ini tanpa trofi selepas gagal mara ke separuh akhir Liga Europa.

Xavi sebenarnya sudah memperbaiki prestasi Barcelona sejak mengambil alih beberapa bulan lalu. Cuma agak malang, prestasi cemerlang mereka berakhir dengan kekalahan di suku akhir UEL.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai