Jamie Carragher memuji usaha Erling Haaland yang dilihat tidak banyak melakukan percubaan jarak jauh. Perkara yang dianggap satu kelemahan oleh segelintir pihak itu sebenarnya satu kekuatan Haaland, menurut Carragher.
Dan itulah sebabnya kenapa dia dengan cepat menjaringkan 50 gol EPL dalam 48 perlawanan sahaja.
Haaland ketika ini bukan pemain yang kerap melakukan percubaan jarak jauh. Dan dia juga pemain yang tidak memiliki reputasi untuk perkara itu.
Bagi Carragher Haaland adalah pemain yang enggan melakukan percubaan bodo atau sia sia. Dan dia memilih untuk melakukan percubaan dari kedudukan yang dia selesa iaitu dalam kotak penalti.
Carra berkata: “Ini sesuatu yang positif. Orang akan anggap itu pelik. Jika kamu melihat data analitik dalam analisis penyerang, mudah sekali kamu menganalisis Haaland. Lihat rekod gol dia sangat baik, pemain yang sangat hebat.”
“Namun ketika orang memantau pemain [scouting] pada hari ini, adakah mereka akan melihat pada data percubaan yang teruk [bad shots] atau percubaan sia sia?”
“Kita lebih banyak membincangkan percubaan yang dianggap sia sia daripada luar kotak penalti.”
“Hari ini, kita melihat semakin kurang pemain yang melakukan percubaan screamer [jarak jauh] seperti mana dulu kerana alasan seperti ini.”
“Kerana perkara ini dah menjadi sebahagian besar daripada analisis pemain pada hari ini. Jika kamu mencari penyerang, siapa yang kamu nak baawa masuk? Siapa yang kamu nak beli? Dan apakah kekuatan sebenar dia. Dia tidak mengambil sepakan sia sia, kita mahu melihat dia menjaringkn gol dari arah mana, dari dalam kotak penalti, itulah tempat di mana dia mendapatkan golnya.”
“Walaupun dia Erling Haaland, dia pun pasti akan akan pernah terfikir: ‘Saya nak jaringkan gol dari 30 meter, saya nak jaringkan gol dari jarak 25 meter, saya nak buat apa saya nak sebab saya Erling Haaland’.”
“Namun Haaland adalah pemain yang sentiasa mengutamakan kepentingan pasukan, dan dia sentiasa menunggu masa sesuai untuk melakukan percubaan.”
🗣️ Jamie Carragher on Erling Haaland's few shots outside the penalty box: “That's a positive. When people are scouting players, do they take bad shots? We often talk about bad shots from outside the box.
We don't see as many screamers or great goals as we used to in the past… pic.twitter.com/9wugZ4xfLm
— Football Talk (@FootballTalkHQ) November 28, 2023
Legenda Arsenal, Freddie Ljunberg bersetuju dengan Carragher. Buat apa Haaland nak pening memikirkan statistik percubaan dari luar kotak penalti sedangkan dia boleh fokus sepenuhnya kepada kekuatan dalam permainannya.
Menurut Ljunberg kekuataa utama Haaland adalah dia sentiasa memiliki kemampuan untuk berada dalam kedudukan terbaik untuk mengatasi pertahanan lawan dan mengatasi mereka dengan lariannya.
“Jika dia berada di jarak yang pendek, dan dia berada selari dengan pertahanan lawan. Dia melakukan pecutan jarak dekat, dan tiada bek tengah di dunia yang boleh mengejarnya.”
“Dan itulah masanya dia akan mengerahkan segalanya, dan pada pandangan saya, itulah sebabnya dia menjaringkan banyak gol. Kerana dia sentiasa berada di hadapan bek tengah lawan.”
“Orang suka membincangkan teknik, pemain patut lebih teknikal, nak tengok ada stepover, saya sebenarnya tak kisah sangat perkara macam itu.”
“Kerana gerakan Haaland ini adalah teknik miliknya pada pandangan saya. Sentuhan pertamanya yang sempurna, sentuhan kedua dan percubaan. Bagi saya ini adalah teknik di kelas tertinggi,” kata legenda Arsenal itu ketika mengulas gol Haaland ke atas Liverpool.