Carragher Masih Tunggu Keita ‘Meletup’

Legenda Liverpool, Jamie Carragher menyatakan beliau masih lagi menunggu masa Naby Keita untuk benar-benar ‘meletup’ di atas padang.

Pemain Guinea berusia 25 tahun itu masih gagal untuk menunjukkan potensi sebenar beliau.

Carragher berpendapat, prestasi semasa Naby Keita masih jauh untuk menjadikannya pemain kesebelasan utama.

Ini kerana eliau berhadapan dengan persaingan yang sangat sengit di bahagian tengah termasuk Jordan Henderson, Gini Wijnaldum serta Alex Oxlade Chamberlain.

Carragher merasakan, Keita pemain yang efektif. Cuma beliau masih menagih lebih daripada pemain itu di dalam pasukan yang ada.

Carragher berkata kepada Sky Sports: “Ini adalah pemain yang saya masih tunggu bila persembahan dia akan meletup.”

“Beliau pemain yang Ok, bukannya teruk. Lihatlah aksi seperti ketika berhadapan dengan Norwich. Ketika itu beliau tidak bermain bagus tetapi pada masa sama tidak bermain teruk.”

“Dan kadangkala kamu mendapat statistik dia – berapa dia dapat menangi semula bola, berapa banyak hantaran dia berjaya buat untuk pemain di dalam kotak penalti.”

“Semua statistik ini akan membuatkan kamu berfikir bahawa dia adalah pemain handalan.”

“Keita sentiasa unggul dengan statistik. Namun apabila saya melihat aksi dia, saya rasa macam saya tak nampak benda itu dengan mata saya.”

“Beliau kena stay fit, itu perkara sangat penting untuk beliau. Namun ada peranan di tengah itu untuk beliau isi terutama sekali peranan ofensif.

“Itulah juga sebab utama dia dibawa masuk dan kita nakkan lebih daripada beliau.”

Baca yang lain