Carvajal Puji Lamine Yamal: “Tapi Kadangkala Kena Pulas Telinga Juga”

Dani Carvajal memuji Lamine Yamal sebagai bakat remaja yang luar biasa. Menurut Carvajal, pada usia sama dengan Lamine Yamal dahulu, dia hanya mampu meraikan kejayaan menjuarai liga dengan pasukan B-17.

Sedangkan pemain muda itu sudah bermain dengan Sepanyol di Euro pada usianya 16 tahun.

Dia berkata: “Jika kamu tengok sebelah kanan sana [Lamine Yamal turut mengadakan sesi wawancara dengan wartawan], budak tu baru berusia 16 tahun.

“Kami ada bercakap benda ni hari tu. Dan saya bercakap dengan dia, saya pada usia 17 tahun, saya meraikan kejayaan memenangi Youth Cup dengan Real Madrid. Dan budak ini [Lamine Yamal] ada di sini pada usia 16 tahun. Bermain dalam Euro dengan pasukan senior dan menjadi pemain penting Barcelona.”

Dani kemudian menegaskan bahawa dia melayan Lamine Yamal seperti adiknya. Dia akan tetap memulas telinga Lamine Yamal kerana pemain itu selalu malas membantunya bertahan.

“Dia pemain yang sangat bagus. Cuma kadangkala saya kena pulas telinga dia tarik dia supaya menolong saya bertahan,” kata pemain Real Madrid itu sambil ketawa.

Kemudian dia menegaskan: “Lamine Yamal adalah pemain berbakat semulajadi. Pemain muda yang bersungguh sungguh.”

Wartawan bertanya kepada Carvajal tentang corak permainan di Sepanyol banyak ke arah sistem Barcelona bermula pada era Xavi, Iniesta di tengah sebagai pemain ‘core’ untuk pasukan.

Dan adakah corak permainan itu sudah berubah?

Carvajal berkata: “Kami sekarang agak berbeza kerana pengurus baharu mahukan kami bermain lebih direct dengan adanya Nico dan Lamine. Namu dalam kehidupan ini, sebanyak berevolusi, sama juga dalam bola sepak. Kami ada lebih ramai pemain yang vertikal dan kami sentiasa bersedia untuk bermain dengan cara berbeza.”

Ditanya tentang hubungan panas antara pemain Real Madrid dan Barcelona di el clasico, adakah ia mempengaruhi hubungan mereka di kem Sepanyol sehingga sukar untuk membentuk kesefahaman.

Carvajal menjawab: “Jauh sama sekali tidak. Kami semua bersatu hati dan dalam mood yang sangat baik. Setiap orang akan mempertahankan kelab masing masing ketika di kelab. Di sini, kami bermain dengan lencana Sepanyol, ini yang menjadi perkara utama di sini. Tiada budaya toksik atau macam tu.”