Casemiro Kecam Peminat Real Madrid Yang Menyerang Bale Secara Verbal

Pemain tengah Real Madrid, Casemiro telah mempertahankan Gareth Bale yang diserang secara verbal oleh kaki boo di Santiago Bernabeu. Di mana mereka mengejeknya sekali lagi pada hujung minggu lalu apabila dia masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

“Saya tidak suka apabila mereka mengejek Bale, dia adalah pemain bersejarah untuk Real Madri. Apabila mereka mengejek Bale mereka mengejek sejarah kelab,” kata Casemiro.

Bale membuat penampilan pertamanya musim ini di Bernabeu pada hari Sabtu dan boleh diturunkan menentang Chelsea dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara Juara Eropah di Santiago Bernabeu.

Disebabkan oleh pandemik dan pembinaan semula stadium, menyebabkan Bale kali terakhir bermain di Bernabeu pada Februari 2020. Ketika itu Bale muncul dalam perlawanan Pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City.

Kemudian, pada baru baru ini, pemain antarabangsa Wales itu masuk dari bangku simpanan sebagai pemain gantian semasa kemenangan 2-0 Real Madrid ke atas Getafe pada Sabtu lalu.

Bale masuk untuk menggantikan Karim Benzema dan disambut oleh ejekan dan cacian daripada penyokongnya sendiri.

Bale kelihatan tidak terpengaruh kerana dia sentiasa tersenyum terutama sekali ketika kemenangan berjaya dicatatkan oleh pasukannya. Kemenangan yang membawa Real selangkah lebih dekat untuk merangkul kejuaraan LaLiga.

Casemiro berkata: “Kami memerlukan penyokong berada di belakang kami dan apabila mereka mengejek seorang pemain dengan boo, maka mereka telah menge-boo kepada kami semua.”

“Saya harap para penyokong kami menghasilkan suasana yang akan membuatkan bulu tengkuk kita meremang. Kami sangat memerlukan mereka.”

Bernabeu boo boys memang dikenali dengan sikap suka mengejek pemain sendiri. Jangan kata Bale, penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab, Cristiano Ronaldo sendiri pernah menjadi mangsa ejekan penyokong sendiri.

Tempoh sembilan tahun pemain Wales itu di Real Madrid nampaknya akan berakhir dengan keadaan agak menyedihkan walaupun dia memenangi banyak piala bersama Real Madrid.

Dalam beberapa tahun terakhir, Bale sudah beberapa kali diarahkan mencari kelab baharu namun dia tidak mahu melakukannya.

Dia kemudian cuba meninggalkan Real Madrid ke kelab China, namun dihalang oleh Florentino Perez.

Bale juga pernah kembali semula ke Tottenham Hotspur sebagai pemain pinjaman. Ketika itu Bale mengguris hati segelintir peminat Tottenham Hotspur apabila dia menyatakan bahawa dia menyertai Spurs untuk kecergasan bagi menghadapi euro – semata mata.

Kehadiran Carlo Ancelotti masih tidak dapat mengembalikan Bale ke kesebelasan utama pasukan.

Pemain berusia 32 tahun itu akan pergi secara percuma pada musim panas ini setelah bermain hanya tujuh perlawanan dalam semua pertandingan musim ini setakat ini.

Bulan lalu, kekurangan aksinya untuk kelab menyebabkan segelintir peminat Real Madrid dan media Sepanyol bengang melihat Bale yang kerap sekali berada di bangku simpanan.

Marca melancarkan serangan yang mengejutkan ke atas bekas bintang Tottenham itu, menggelarnya sebagai ‘parasit’ yang telah ‘menghisap wang Real Madrid’. Merujuk kepada gaji Bale yang besar namun tidak banyak beraksi.

Bale – yang telah bermain lebih daripada 250 perlawanan untuk kelab dan memenangi 14 trofi dalam tempoh tersebut – membalas kenyataan Marc dengan nada bengang di media sosial. Bale menulis: “Kita semua tahu siapa parasit sebenar.”

Dengan situasi semasa, Bale boleh diberikan satu lagi peluang di bangku simpanan dalam perlawanan kedua suku akhir menentang Chelsea, kerana mereka sudah mendahului 3-1.

Ini akan membolehkan Ancelotti merehatkan beberapa pemain untuk aksi La Liga.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai