Casemiro Rasmi Menjadi Kapten Selecao Yang Baru

Pengurus interim Brazil, Ramon Menezes mengesahkan bahawa Casemiro adalah kapten baharu pasukan tersebut.

Dan dijangka akan mengekalkan jawatan itu apabila pengurus tetap dilantik kelak. Dengan beberapa nama dikaitkan dengan Brazil termasuk bekas pengurus Casemiro di Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Brazil memulakan era baharu selepas pemecatan Tite sebaik sahaja kegagalan mara lebih jauh dalam Piala Dunia 2022.

Casemiro dipilih kerana pengalamannya yang luas dan mentaliti kemenangannya yang kuat.

“Ada beberapa cara untuk kita berfikir,” kata Casemiro dalam sidang media pertamanya sebagai kapten.

“Kami ada Thiago Silva [sebagai kapten] ketika Piala Dunia. Namun di bahagian saya, saya sentiasa bersedia. Saya sentiasa mempersiapkan diri untuk tanggungjawab seperti ini.”

“Saya berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.”

Casemiro sedar bahawa, jawatan itu mungkin akan bertukar apabila pengurus tetap dilantik kelak.

Namun baginya itu bukan satu masalah jika lilitan kapten diberikan kepada pemain lain.

Kerana dia sentiasa ada hak untuk bercakap sebagai seorang pemimpin dan kapten dalam pasukan Brazil. Selaku pemain senior dan banyak pengalaman.

“Jika ada pemain lain yang akan dipilih sebagai kapten, saya tiada masalah. Sebab saya tahu, saya tetap menjadi salah seorang pemimpin dalam pasukan ini.”

“Saya sentiasa memiliki kebebasan untuk bercakap sebagai kapten dalam kumpulan ini.”

Casemiro masih bermain di peringkat tertinggi dalam permainannya. Dia kini beraksi untuk Man United selepas menyertai kelab itu dari Real Madrid awal musim ini.

Sudah membantu kelab menamatkan kemarau 6 tahun tanpa piala dengan kemenangan Piala Carabao 2022/23 yang lalu.

Beliau telah mengubah dimensi dan struktur bahagian tengah United menjadi lebih stabil.

Baca yang lain