Pengurus Andrea Dovizioso, Simone Battistella, mengesahkan Desmo Dovi – nama panggilan Dovizioso – sah tidak akan bersama Ducati lagi untuk musim MotoGP 2021.
Beliau menyampaikan perkara selepas bercakap secara langsung dengan Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti.
Pihak pengurusan Dovizioso telah memberitahu Ducati bahawa pelumba itu tidak akan memperbaharui kontraknya dengan pasukan Itali. Langkah menunjukkan bahawa Dovizioso benar-benar serius untuk meninggalkan Ducati ketika musim 2020 berakhir.
Sebelum ini, Dovizioso memang sedang berunding dengan Ducati. Namun rundingan itu berdepan dengan banyak kesulitan.
Masalah gaji didakwa menjadi punca kenapa Dovizioso dan Ducati gagal mencapai kesepakatan.
Dovizioso mengharapkan kenaikan gaji yang tiggi daripada Ducati.
“Kami telah memberitahu hari ini kepada Ducati bahwa Andrea tidak akan melanjutkan kontrak,” kata Battistella kepada Sky Italia.
Battistella mendedahkan bahawa Dovizioso kini ingin fokus pada kejuaraan musim ini.
Dovizioso berharap dapat menunjukkan prestasi terbaiknya dalam baki kontrak untuk memperoleh keputusan maksimum dalam MotoGP 2020 dan menawan hati pasukan lain untuk mendapatkan kontrak mega.
Sebagai tambahan, Battistella mengatakan bahawa Dovizioso tidak menyesal meninggalkan Ducati. Pengurusan Dovizioso sebenarnya merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena sekiranya pelumba pasport Itali terus berada di Ducati.
Walaupun begitu, Dovizioso dapat membuka kemungkinan untuk melakukan pusingan U jika tuntutan beliau dapat dipenuhi. Jelas sekali ianya tidak hanya berkaitan dengan gaji.
Perkembangan itu mendapat respon pedas daripada Casey Stoner.
Legenda MotoGP itu masih tidak percaya Ducati membiarkan Andrea Dovizioso pergi dengan semudah itu. Malah beliau percaya pemergian Dovizioso lebih daripada isu gaji.
Casey Stoner merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Ducati setelah mengakhiri kerjasama dengan Dovizioso. Bagi Stoner ia agak kejam kerana pelumba tersebut sangat penting dalam membantu pembangunan Ducati.
Stoner: Ducati tidak boleh kehilangan Dovizioso
Stoner juga tidak percaya bahawa Ducati sanggup kehilangan pelumba berbakat seperti Dovizioso yang telah membantu menaikkan nama mereka dalam tiga musim terakhir.
Ini dibuktikan dengan pencapaiannya dengan muncul naib juara dalam MotoGP 2017 hingga 2019.
Casey Stoner bagaimanapun berkata bahawa beliau tidak mahu terlalu banyak menyibuk tentang urusan Ducati dan Dovizioso.
Namun, Stoner hanya terkejut apabila Dovizioso dilepaskan oleh Ducati.
Casey Stoner berkata:
“Hanya pendapat saya, saya tak yakin Ducati mampu kehilangan seseorang seperti Andrea Dovizioso.”
Just my opinion but I don’t believe @DucatiMotor can afford to loose someone like @AndreaDovizioso.
I think they need to realise at some point that it’s the rider, not wind tunnels that get results, so listen to them…— Casey Stoner (@Official_CS27) August 15, 2020
“Saya rasa mereka perlu menyedari pada suatu saat, bahawa pelumba bukannya terowong angin untuk mendapatkan hasil. Jadi dengarkanlah suara mereka (pelumba).”
Situasi Dovizioso mirip sekali dengan situasi Casey Stoner sebelum ini. Di mana beliau pernah merasa tidak dihargai oleh pasukan setelah apa yang mereka lakukan.
Stoner sebelum ini pernah kembali semula ke Ducati pada 2016 untuk menjadi pelumba ujian. Namun meninggalkan pasukan itu pada 2018 selepas merasakan banyak pandangannya tidak didengari.
Itu bukan pertama kali Stoner meninggalkan Ducati. Kerana pada 2010 beliau pernah melakukannya sebagai pelumba.
Selepas itu Ducati berdepan dengan kesukaran. Kemudian pada 2011 Ducati menerima kehadiran legenda, Valentino Rossi yang bersama dengan mereka sehingga 2012.
Rossi bergelut dengan prestasi dan tidak berpuas hati dengan kondisi motosikalnya. Rossi hanya memenangi 3 podium dalam dua tahun sebelum memutuskan kembali semula ke Yamaha pada 2013.
so true, so true Casey #Ducati #caseystoner #Dovizioso
Stoner: Ducati "can't afford to lose" Dovizioso https://t.co/2FdWoGq11H via @motorsport
— Ajoy Mallik (@AjoyMallik) August 15, 2020
Ducati melakukan kesilapan yang sama dengan Rossi. Di mana mereka tidak begitu mendengar rintihan pelumba mereka.
Ducati tidak memenangi sebarang perlumbaan dari 2010 sehingga 2015. Sejak pemergian Stoner, kemenangan pertama mereka adalah pada 2016 menerusi Andrea Iannone.
Dovizioso kemudian masuk dan menjadikan Ducati pesaing kejuaran pada 2017. Dovizioso benar benar memberikan impak yang besar kepada Ducati, Beliau memberikan persaingan sengit kepada Marc Marquez dan memenangi 6 perlumbaan musim tersebut.
Namun pada Sabtu, Pengara Sukan Ducati, Paolo Ciabatti memberikan bayangan bahawa mereka mungkin akan mengambil semula bekas pelumba – Jorge Lorenzo – sebagai antara calon yang mereka pertimbangkan untuk menyertai pasukan mereka pada musim 2021.